Semasa

Suara Paling Dinantikan, Sultan Johor Mula Bertitah Isu Wanita Kahwin Kapten Hoki India Tak Ikut Syarak

Sejak beberapa hari lalu isu wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan berkahwin dengan seorang pemain hoki India baru-baru ini hangat diperkatakan ramai.Selepas pelbagai pihak bersuara, akhirnya suara paling dinantikan mula bertitah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dukacita dengan berita yang tersebar di media berkaitan wanita dari negeri itu yang dilaporkan melangsungkan pernikahan tidak mengikut hukum syarak di negara India.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda pada Isnin, Sultan Ibrahim bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor, baginda sentiasa memastikan kehidupan rakyat Johor dan yang berasal dari negeri ini akan dipayungi peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi dan tiang seri kepada kehidupan di negeri ini.

Sehubungan itu, baginda menitahkan agar semua usaha yang perlu dibuat Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut.

Titah baginda, kesahihan berita boleh dipastikan sama ada melalui ahli keluarga wanita berkenaan atau menerusi pejabat Kedutaan Malaysia di India.

Dalam masa sama, Sultan Ibrahim menasihatkan semua pihak agar tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam berita yang disebarkan.

Tiada sebarang permohonan tukar agama

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan memanggil seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan berkahwin dengan seorang pemain hoki India baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Menurut Marzuk, penjelasan sebenar akan diperoleh melalui pengakuan yang akan dibuat wanita itu setelah tiba di Malaysia.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai Illi Najwa berjaya menambat hati Kapten Hoki Pasukan Negara India, Manpreet Singh Pawar dan telah berkahwin pada awal Disember ini.

Perkara tersebut tular di media sosial dan ramai yang telah mengucapkan tahniah diatas perkahwinan tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa kemusyikilan telah tular di internet berkenaan status agama pasangan tersebut setelah beberapa gambar perkahwinan mereka yang berlangsung di India dikatakan berjalan dalam upacara Punjabi.

Oleh hal yang demikian, menerusi Harian Metro, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, wanita itu akan dipanggil sekembalinya ke Malaysia.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

” Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.”Ulasnya.

Dikatakan suami sudah peluk Islam tahun lalu.

” Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara. Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.”

” Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri.” Katanya.

” Bersangka baik wanita itu masih Islam”

Selain daripada itu, Ahmad Marzuk Shaary juga mengulas berkenaan majlis resepsi yang dijalankan apabila mendakwa ia bercanggah dengan ajaran Islam serta mempunya unsur agama lain.

” Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif. Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam,” katanya.

Terdahulu, wanita tersebut, Illi Najwa Saddique yang menjalinkan cinta selama lapan tahun dengan Kapten pasukan Hoki India itu telah melangsungkan perkahwinan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, dilihat mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin Punjabi serta dihadiri oleh ahli keluarga pihak lelaki.

Sumber : k0smo / trendingsangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *