Keluarga

Suami tentera. Msuk tahun ke4, aku dah xtahan. Aku pkul, acu psau pada suami. Aku minta cerrai

Foto sekadar hiasan.Nama aku Maya. Seorang ibu dan mempunyai anak lelaki berumur 3 tahun. Pernikahan aku menginjak masuk 5 tahun bersama suami yang merupakan seorang anggota Tentera.

Aku bernikah seawal usia 25 tahun, perkenalan bersama suami yang singkat selama 6 bulan tanpa berfikir panjang dan membuat keputusan untuk berkahwin. Masa kami berkenalan, aku tidak tahu suami sudah mempunyai pilihan keluarga. Suami tidak jujur.

Oleh kerana aku hadir dalam hidup suami, suami memilih aku dan memutuskan pertunangan dengan wanita pilihan keluarga.

Pada ketika itu, aku tahu budaya keluarga, lifestyle, cara pemikiran aku dan suami jauh berbeza tapi aku nekad meneruskan perkahwinan sebab aku rasa aku boleh menyesuaikan diri walhal kami tidak sekufu.

6 bulan pertama kahwin semua indah. Masuk bulan ketujuh, aku sudah mula tawar hati pada suami. Mungkin pada aku, ada atau tiada suami keadaan tetap sama.

Tak dinafikan, sebagai isteri seorang tentera aku banyak berdikari dan sering ditinggalkan berbulan. Ini tidak menjadi isu kerana aku sedia maklum tugas tentera. Cuma suami kurang peduli, kurang consent hal aku dan anak.

Aku juga ditinggal waktu pantang menguruskan anak sendiri dalam keadaan aku bersalin czer. Hampir juga terfikir untuk bnuh anak aku sendiri waktu aku berpantang sebab tidak berhenti nangis. Luka czer belum sembuh, jaga anak seorang diri, aku jadi tertekan.

Oleh kerana aku berkerja dan komitmen aku sebagai seorang Pengarah Syarikat menuntut aku lebih kerap outstation dan kerap balik lewat malam.

Aku sibuk. Suami aku tidak endah, tidak peduli, tidak ambil tahu diri aku. Aku sambung belajar course apa dia tak tahu. Aku dapat straight A exam pun dia tidak tahu. Jarang bertanya hal aku. Jarang komunikasi. Jarang tidur sekatil.

Urusan Semua aku uruskan sendiri hantar anak ke pengasuh, beli barang keperluan dapur, pergi ke klinik dan lain lain. Nafkah duit, ada potongan untuk isteri tentera sebanyak RM500 dan duit itu aku gunakan untuk beli barang keperluan anak.

Sejujurnya, perbelanjaan anak ketika itu tinggi. Mungkin kerana gaji aku besar berbanding suami, suami tidak menghulur duit lebih kepada aku. Itu bukan isu besar, kerana aku mampu menyara makan pakai aku dengan gaji sendiri.

Masuk tahun keempat, aku mula sedar aku kemurungan. Aku di diagn0se D3pression dan Anxiety Dis0rder. Berapa kali percubaan untuk bnuh diri tapi hingga hari ini aku masih hidup.

Aku terlalu kuat berkerja, keadaan suami yang ambil tidak endah hal aku dan sejarah lampau aku yang dahulu buat aku d3pression. Terlalu banyak beban yang aku tanggung. Ya, aku pernah hampir dirgol masa aku tingkatan 2.

Aku pernah diraba oleh pakcik aku sendiri ketika aku darjah 4. Hal ini aku tidak pernah bercerita dengan suami, sebab kami mempunyai masalah dari segi komunikasi. Suami lebih banyak menghukum dari mendengar. Mungkin disebabkan pendidikan kami berbeza.

Aku pelajar master, suami pula SPM membuatkan kami berfikir tidak selari. Jadi segala masalah di pejabat, rutin harian aku simpan sendiri.

Kami hanya bercakap bila berkaitan dengan hal anak sahaja. Tiada pillow talk, tiada cuddle, tiada gurau senda suami isteri. Yang hanya suami tahu, dapat layanan tiap minggu tanpa peduli perasaan aku.

Aku rasa hubungan semakin hambar. Aku rasa beban aku pikul berat. Aku rasa aku menyara diri aku sendiri tanpa ada suami disisi. Jadi apa fungsi seorang suami? Keadaan aku makin hari makin teruk sehingga aku memohon cerrai.

Ya, suami aku menolak permintaan tersebut. Aku pukul suami, aku acu pisau pada suami aku sendiri. Aku jadi separuh giila kerana permintaan aku ditolak. Tiap hari aku fikir ingin bnuh suami aku sendiri. Sehingga aku jumpa pskitari untuk mendapatkan rawatan.

Akhirnya, suami bersetuju untuk mencerraikan aku. Tiada wanita yang inginkan pencerraian, tetapi jika perkahwinan itu memakan diri, tidak membawa kebahagiaan, jalan terbaik adalah berpisah.

Aku impikan keluarga yang bahagia, apabila aku keluar terlihat pasangan suami isteri main dengan anak, aku terdetik kenapa hidup aku tidak seperti itu. Kenapa aku dengan suami tidak sehaluan?

Adakah perkahwinan kami ini tidak mendapat restu keluarga atau kerana ego kami berdua mengatasi segalanya.

Jalan kehidupan kadangkala tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan. Kadangkala, untuk jiwa kita menjadi kuat, ia perlu diuji. Terkadang ujian itu akan buatkan hati kita hancur. Tapi dari hati yang hancur tu kita akan menjadi lebih baik.

Doakan aku terus kuat. Doakan aku sembuh dari sakit.

Reaksi Warganet

Hana Khairi –
Saya isteri bukan tentera pun selalu kena tinggal. Tapi parents dekat. Sebenarnya kalau Jadi suami isteri PJJ ni kena banyak sabar. Lagi pulak kalau gaji Laki kecik Dari kita.

Jangan tengok sangat kehidupan orang lain dan minta pandangan orang lain yang tak senasib memang buruk padahnya. Cari orang yang senasib untuk Minta pandangan dari segi pengurusan masa, pengurusan jiwa dsb.

Normal sekarang ni perempuan lebih tinggi pendidikan dari lelaki. Tapi itu bukan bererti lelaki kena dengar semua Kata isteri walaupun pangkat kita boss di tempat kerja.

Saya pun boss juga kat tempat kerja. Tapi saya suka kongsi dengan dia. Saya rajin wasaap dia walaupun dia bz. Lama lama dia Akan reply juga walaupun lambat. Kitakan girlfriend dia mestila rajin wasaap boyfriend kita. Takkan Nak wasaap dengan orang lain pulak. Hihi.

Takpela sis kalau sis dah fikir Nak move on. Apa pun keputusan di tangan puan. Rumahtangga kita, kita yang tentukan. Jangan lupa solat istikharah ye.

Rinn Hanis –
Sekufu tu penting. Dalam agama pun disuruh untuk memilih yang sekufu. Kalau saya, saya memang takmau lelaki yang kerja badan beruniform. Tak suka kena tinggal dan PJJ.

Polis tu ok lagi… Tentera is a big NO. Nasi dah jadi bubur confessor. Awak tersalah pilihan, jangan sembang jodoh tu ketentuan sebab pada awalnya kita boleh untuk buat pilihan.

Apapun, pandai pandai cari kebahagiaan diri kalau kahwin semua buat sendiri baik tak yah ada suami kan? Hurmm…

Mummy Shu –
Kuatkan semangat puan. Doa banyak banyak semoga Allah pelihara puan dam anak, peroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Teruskan kehidupan, buat aktiviti yang puan rasa gembira.

Jangan kenang perkara yang lepas. Claim duit nafkah anak. Askar ada buat potongan tu. Ajar dia bertanggungjwb pada anak. Semoga puan cepat sembuh.

Imran Akasyah –
Benarlah sabda Baginda. 2 sebab perempuan ramai menghuni neraka.

1. Tidak mensyukuri pemberian suami.

2. Satu kesalahan suami akan memadamkan seribu kebaikkan suami.

Sungguh mentaati suami adalah ujian bagi mereka yang berstatus isteri.

Secara kesimpulannya, puan dilihat lebih gemar menunding kesalahan orang lain. Tanpa puan nilai diri puan sendiri. Suami puan semua tak betul, puan je betul. In the end, puan str3ss masa sendiri.

Nurul Hasanah Md Kamal –
Saya tak rasa jurang perbezaan dari segi pendidikan menjadi masalah utama tak sekufu di sini.

Lebih kepada masalh upbringing dan persekitaran mungkin. Confessor pun tak fully details story the real situation selain dari masalah komunikasi antara pasangan.

Sebab kawan saya PhD, husband dia SPM.
But they loving couple. Sebab saya nampak macam mana husband dia treat her as queen, dan she respect her husband as the head of the house..

Ni lebih kepada masalah komunikasi, rasa empathy towards each other, compassionate, tanggungjawab dan kasih sayang. Kadang bila kita da berkahwin dan berkeluarga, the love spark is not stronger as it used to be…
The relationship more bound towards tanggungjawab…

Masa ni la kita kena lebih compassionate, empathy, emotionally bond together. Make time for the family, choose your priorities and tend to it…

Kalau nak kata sibuk, semua pun sibuk. But the effort yang kita letak to make it works dan priorities yang kita pilih, thats make the different.

Every marriage has ups and downs. But how we mold it together to make the relationship works, itu yang make us a better and stronger person or couples.

We fixed it, not simply throw it and give up. Just my 2 cents. Dua dua kena berubah dan berusaha.

Sumber : Maya (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *