Semasa

Suami Pemilik Restoren Simbah Air Panas Campur Minyak Pada Penguatkuasa Sebab Tidak Puas Hati Disaman Langgar SOP

MUAR: Suami kepada seorang pemilik kedai makan didakwa menyimbah air panas bercampur minyak pada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) di Jalan Omar, Parit Jawa, di sini, malam kelmarin.

Lelaki itu didakwa bertindak sedemikian kerana berang ketika anggota penguat kuasa melakukan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) peraturan operasi perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua MPM, Mustaffa Kamal Shamsudin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, anggota penguat kuasa mendapati pemilik kedai makan terbabit melangg4r peraturan ditetapkan bagi mengawal penularan C0VID-19.

“Ketika anggota penguat kuasa berada di bahagian dapur untuk meminta butiran suami kepada pemilik premis itu, lelaki berusia 40-an terbabit didakwa berang lalu menyimbah air panas bercampur minyak dari kuali pada anggota terbabit, namun berjaya dielak.

“Pemilik premis itu kemudian dikenakan kompaun RM1,000 berikutan gagal mematuhi SOP mengikut Seksyen 72(1)(F) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana membenarkan pelanggan makan di premis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tindakan individu tersebut tidak terhenti di situ apabila individu terbabit mengekori kenderaan peronda Penguatkuasa sehingga ke stesen minyak menaiki motorsikal tanpa memakai helmet dan kemudian menghamburkan kata-kata kesat “korang ni semua bin4tang!” kepada anggota penguatkuasa yang bertugas.

“Susulan itu, anggota penguat kuasa MPM membuat laporan polis terhadap individu berkenaan kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam dan berlaku cubaan mendatangkan keceder44n kepada anggota penguat kuasa,” katanya.

Beliau sekali gus menasihati orang awam atau peniaga supaya tidak bertindak agresif ke atas penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

“Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan C0VID-19 dengan mematuhi SOP,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *