Keluarga

Suami mavt kemlangan, tinggalkan dua ank masih kecil

KUALA LANGAT – Rutin harian seorang lelaki ke tempat kerjanya berakhir tragedi apabila kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 36.9 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, Mohd. Ashraf Mohd. Murad, 29, yang merupakan pekerja Pelabuhan Barat meninggal dunia akibat tersepit di dalam kenderaannya.

Difahamkan, Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa yang memandu sendirian kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan ke tempat kerja di Pelabuhan Barat dari Bandar Saujana Putra.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Impak pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan pihak bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *