Keluarga

Suami M4ti Serta Merta Akibat Kemlangan Yang Mengerlkn. Istri Dedh Perbualan Terakhir Bersama Suaminya Di Whatsapp Buat Netzen Sebak

Perjalanan seorang lelaki untuk pulang ke rumahnya selepas habis bekerja di sebuah kilang berakhir dengan tragedi apabila dia telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, semalam.

Dalam kejadian di Padang Kulim, Baling itu, motosikal yang ditanggangi mangsa, Muhammad Syaiful Azib, 30, berlanggar dengan sebuah kereta menyebabkan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Darak, Kuala Ketil meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil.

Sementara itu, isteri mangsa yang dikenali sebagai Farah Omar meluahkan rasa sedihnya selepas kehilangan suami tersayang.

Menurutnya, arwah sempat menghantar mesej kepadanya pada malam itu supaya mendoakan keselamatan dirinya yang terpaksa merdah hujan untuk pulang ke rumah.

Farah Omar berkata, sejak beberapa minggu kebelakangan ini arwah banyak berubah dan sering berpesan kepada dirinya dan anak-anak agar saling menjaga antara satu sama lain.

Jenazah mangsa akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Sungai Darak untuk dikebumikan di sana.

Sumber : wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *