Keluarga

Suami isteri ini sudah 4 tahun tidak tidur bersama walaupun anak dah 3. Akhirnya suami nekad buat benda ini bagi selesaikan masaalah tersebut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Status kawan saya mulanya adalah isteri. Ibu kepada 3 org anak. Dulu bekerja sebagai Jurutera tapak binaan. Dia seorang wanita yang cantik. Baik hati dan solat tak pernah tinggal. Walaupun dah berkahwin tapi masih lagi nampak macam anak dara. Dia ada aura yang tersendiri. Saya juga mengenali suaminya. Suaminya seorang yang baik. Sebaik dia.

Tapi perkahwinan mereka tak berjalan indah dan tak normal. 4 tahun tak tidur bersama walaupun serumah. Walaupun begitu mereka nampak bahagia di mata orang lain. Kawan saya ni penyabar sangat. Cara dia menangani masalah rumah tangga dia dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti amal dan travel.

Ramai pakar perubatan traditional merumuskan punca rumahtangga mereka disebabkan sihir. Tapi mereka dah berikhtiar sehabis yang mampu. Berbagai cara dia pujuk suaminya termasuk mengizinkan suaminya berkahwin lain dan dia telah berhenti kerja.Tapi suami dia sampai sekarang tak kahwin lain. Kalau saya dapat izin isteri tak tunggu lama dah. Esok jugak saya kahwin lain.

Kawan saya ni ramai orang suka. Ada yang datang rumah merisik sebab ingatkan dia tak kahwin lagi. Setakat nak cari pengganti suami dia rasanya tak payah tunggu sampai habis edah. Ramai je yang tunggu dia jadi janda. Termasuk saya. Tapi saya terpaksa ketepikan perasaan tu sebab dia dah anggap saya macam saudara kandungnya.

Mak saya sebagai mak dia sebab dia dah tak ada mak. Sehingga pada suatu hari dia mengadu kat saya yang dia dah sepakat nak settlekan masalah rumahtangga mereka. Suaminya pun kata dah sepakat nak pisah cara baik. Suaminya dah lama nak lepaskan dia tapi dia je yang tak mahu. Mereka lebih selesa bersama hanya sebagai sahabat.

Saya kesian kat kawan saya. Saya bincang dengan isteri saya tentang poligami sebab isteri saya ni tak nak mengandung sudah nak masuk 3 tahun dia merancang sebab nak enjoy dulu hidup berdua. Terbeliak mata isteri bila dpat tahu niat murni saya. Sekali isteri saya mengamuk dan marah kawan saya.

Terus kawan saya menjauhkan diri daripada saya. Tapi kami kawan sejak kecil dan dah macam adik beradik. Gaduh sekejap je dan berbaik semula. Lagipun kawan saya tak terbuka hati langsung nak terima saya. Semenjak hari itu isteri saya berubah 100 peratus.

Ambil berat pasal saya, kalau tidak dengan kawan-kawan dia je. Dan Alhamdulillah dah mengandung sekarang. Tak jadi poligami. Tiba-tiba kawan saya beritahu dia dah jatuh cinta dengan seseorang. Orang tu duda yang baru berpisah dan masing-masing dah tahu status masing-masing.

Kawan saya ni susah nak jatuh cinta. Tapi bila dia kata dia dah jatuh cinta memang dia sayang gla kat orang tu. Mudah sangat jalan cerita pertemuan dan kisah jatuh cinta diorang. Saya dah mula risau hati dia dipermainkan. Saya tak kenal duda tu. Tapi mesti seorang yang hebat sebab taste kawan saya ni bukan calang-calang.

Gossip dah tersebar. Maklumlah orang cantik. Belum lagi berpisah dan masih dalam tempoh bertenang dengan process perpishan ramailah kawan-kawan lain yang nak try masuk jarum. Tapi ditolak baik oleh kawan saya. Macam mana dia tolak saya begitulah dengan yang lain.

Duda tu berjanji akan tunggu kawan saya. Percintaan mereka nampak indah sebab kawan saya sangat ceria. Sekian lama tak nampak dia gembira sebegitu. Dia bahagia menceritakan impian barunya kepada saya. Dia tak impikan perkahwinan semula yang gemilang. Tak perlukan duit hantaran dan cukup dengan mas kahwin dan akad nikah sahaja. Dia tak akan menyusahkan bakal suaminya kelak. Tapi memang begitulah cara kawan saya menyintai seseorang. Dia tak akan menyusahkan orang yang dia sayang.

Sehingga pada suatu hari. Saya video call dia dan nampak matanya bengkak. Dari apa yang diceritakan duda tu rujuk semula dengan jandanya demi anak-anak. Macam yang saya katakan kawan saya ni kalau dah sayang memang akan sayang gla-gla. Dia sanggup menjadi isteri kedua sebab duda ni pun sayang kat dia katanya.

Dan saya yakin dengan ilmu agama dan tahap kesabaran yang dia ada, dia mampu survive hidup berpoligami sebab itu sebagai kawan saya tak menghalang. Haish.. kenapalah bukan dengan saya. Penceraiannya pun berjalan dengan lancar dan baik. Mereka dah sampai tahap redha sebab tu tak rasa kecewa. Anak-anak semua tinggal dengan bekas suaminya sebab bekas suaminya nak kawan saya cari bahagianya sendiri.

Tapi malang bagi dia. Lelaki tu tak sayang kat dia macam mana dia sayangkan lelaki tu. Lelaki tu kuat mengayat perempuan lain dekat fb. Walaupun dah mempunyai isteri dan kawan saya sebagai kekasih tapi masih mengayat perempuan lain lagi. Lelaki tu hanya mempermainkan perasaan kawan saya. Lelaki itu sebenarnya biasa je dari segi rupa dan harta tak sehebat mana seperti yang saya sangka.

Macam manalah kawan saya boleh jatuh hati. Tak berbaloi rasanya derita dan kecewa dia pada orang yang sebegitu. Tiap hari kawan saya menangis teringatkan lelaki tu. Saya nasihatkan kawan saya supaya bersabar, sembahyang istikharah dan tahajud setiap malam supaya dia dapat kumpul kekuatan diri untuk meneruskan atau memutuskan sahaja perhubungan.

Alhamdulillah, kawan saya mampu tinggalkan lelaki tu walaupun saya tahu hatinya retak seribu. Sekarang, dia dalam proses move on. Saya doakan Allah tak membolak balikkan hati kawan saya dan semoga lelaki itu mendapat balasannya kerana mempermainkan hati kawan saya.

Masa Majlis Kahwin Hidangkan Ayam KFC. Lepas Lima Bulan Dah Kahwin Isteri Baru Dapat Tahu Hal Sebenar Yang Suami Sekeluarga Sorokkan. Tergamam Pula Ada Ada Cerita Di Sebalik Semua Ini Berlaku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dulu aku janda sebab ex aku talak 3 sebab benda kecik. kami kahwin pun tak sampai setahun dia talak kan aku. lepas dia lepaskan aku. dia halau aku balik rumah mak aku. masa tu dah la aku tak ada kerja. Tak ada duit tak ada semua nasib tak ada anak..

Dia lepaskan aku tak bagi aku sesen aku mitak pinjam 50 pun tak bagi. aku nak buat modal cari kerja. nasib aku ada kawan2 boleh tolong lepas habis eddah aku dapat kerja manager sebab seblum aku kahwin aku kerja manager butik gaji dah tinggi. Sanggup berhenti sebab nak jadi suri rumah last2 kena talak 3.. Aku kerja dapat gaji aku terus settle hutang2 aku.. kereta tertunggak. roadtax kereta dah tamat tempoh memang teruk lar kerana bangun balik..

Lepas dah 6 bulan aku berpisah. Dalam masa 6 bulan memang ramai lelaki duduk sukakan aku. sebab aku cantik pandai masak semua serba serbi pandai. sebelum kahwin dengan laki yg meroyan pun ramai nak dengan aku.. tapi yang si meroyan masuk meminang dulu sebab aku jenis tak suka couple2.. nak suka halal kan. jodoh panjang atau pendek lain cerita yang penting halal..

Sambung balik. Lepas 6 bulan aku jadi janda aku kenal seorang laki ni. kenal kat wechat.. aku kenal pun sebab dia ada beli kuih aku jual online.. and aku jual kat orang2 wechat. dia ni tiap2 minggu lar beli kuih aku.. Last2 dia sampaikan hasrat nak kahwin dengan aku. entah kenapa aku ringan mulut aku cakap lar. kalau nak beli cincin nikah jer.. tak payah majlis. dia ni duda anak dua. dia cakap dengan wife lama lama berpisah.

wife ikut jantan lain tinggalkan anak2. sekarang anak2 adik dia jaga. Duduk sekali dengan dia. Aku percaya la sebab gambr2 anak adik dia aku paling takut kalau suami orang aku tak nak laki orang..,kalau laki orang aku terus reject. sebelum aku terima aku dah siasat dia. aku check fb dia wechat dia semua lar. anak2 dia pun dia bawak jumpa aku. Anak2 siap panggil aku ummi lagi. Dia bawak aku jumpa adik dia sepupu2 dia so aku pown yakin lar dia bukan laki orang..

kami pun nikah buat majlis simple2 jer. Jamuan pun order kfc jer. lepas dah dua bulan nikah aku dah pregnant 5 minggu. masa tu aku still kerja. suami aku pula kerja selalu out station sebab dia kerja bahagia. satu hari tu nak jadi cerita ada perempuan call aku. dia kata dia wife suami aku. terdiam aku. aku sampai nak pengsan bila dia bagi tau dia mak budak2 yang panggil aku ummi tu. Menagis aku malam tu..

Aku call suami aku. aku tanya betul ker dia ada wife. dia diam, aku cakap wife dia baru call. dia diam tandanya betul lar tu. Aku tutup phone aku menagis sampai bengkak mata. Aku nak minta dia lepakan aku jer. Aku saggup lar jaga anak dalam perut aku ni sorang2 dari aku rmpas laki orang.. lagi pun dengan dengan bini dia dah 4 tahun. aku baru nak masuk 3 bulan. so aku nekad nak berpisah dengan dia.

Malam tu juga laki aku balik rumah aku. Ketuk rumah aku pukul 4 pagi dia baru sampai dari kedah,dia pecut semata2 nak pujuk aku,dia melutut dengan aku dia cium kaki aku. Dia minta maaf sebab tipu aku. dia takut kehilangan aku. aku cakap aku tak sanggup bermadu aku tak nak..aku nak pisah. dia kata bagi dia masa..aku halau dia malam tu. Aku tak nak tengok muka dia.benci aku dengan laki tu..

Masa tu aku rasa kenapa aku bongok tak siasat betul. Sepupu2 dia. adik dia semua tak bagi tau dia ada bini. semua sepakat dengan dia. Sedih aku dah lar dulu dapat suami meroyan ni dapat suami laki orang. Rasa nak bahayakan nyawa sendiri nasib aku kuat. nasib ada baby dalam perut ni..Esoknya aku kuatkan diri aku call bini dia aku nak jumpa dia setuju aku rasa dia baik so aku pergi jumpa dia bagitau lar dia dapat tau dari gambar dalam phone laki dia kami baik ja tak gado..

Aku mintaa maaf sebab aku tak tau dia ada bini. kalau tau aku tak kahwin dengan laki dia. aku cakap aku dah pregnant. aku fikir bini dia sedih.,dia bagi tau laki dia memang kaki perempuan. sblum kenal aku dia ada gf lain juga. bini dia sabar jer, laki dia jarang balik tapi anak2 dia syang sangat. Aku tak tau nak cakap apa. aku cakap aku nak mtak berbpisah tapi laki tu tak nak lepaskan aku..

Bini dia pun tak bagi aku berpisah dengan laki dia. sebab aku dah pregnant. So bermula lar aku bermadu.. Mula2 ok, laki aku balik rumah anak dia 2,hari sana.,2,hari kat aku lama2 laki aku tak nak balik sana. dia angkut anak dia pergi rumah aku. Anak2 dia semua sayang aku. masa tu aku dah berhenti kerja sebab kerja aku berat. Aku pregnant lagi tak larat suami aku suruh perhenti sebab kecian bini dia kerja tak nak berhenti sebab sayang dengan kerja.

Aku marah dia sebab dia tak balik rumah yang first. dia kata tak ada makanan.,kat rumah aku semua siap2. anak2 pun gemuk2 duduk rumah aku. aku cakap aku tak nak kalau suami aku tak adil. kadang2 seminggu langsung tak balik. Kalau aku paksa. dia balik tengah2 malam pagi2 dah datang rumah aku. aku cakap dia tak adil nanti tak masuk syurga. Aku tak nak laki aku tak adil. aku tak nak dia berdosa..

Dia kata dia tak ada feeling kat bini dia. dia kecian jer. sampai satu tahap bini dia bnci aku tduh aku macam2 kat fb bini penuh kata2 kesat kat aku padahal aku tak pernah paksa laki dia tak balik. aku selalu gado dengan laki aku sebab dia tak nak berlaku adil, sampai aku mintak berpisah dengan dia. aku cakap aku nak berpisah kalau dia tak berlaku adil baru dia balik rumah bini dia.

Aku nak masuk syurga. aku kalau boleh biar lar adil baru leh masuk syurga sama2. Tapi first wife dia buat hal. first wife dia ckp aku mengandung anak laki lain. aku paksa laki aku kahwin sebab aku kenal laki aku sebulan dah aku ajak nikah. Sampai laki aku ajak pergi doc. suami aku macam ragu2 dengan aku. suami aku kuat cemburu. sampai dia marah2 aku. pernah aku brbalah sampai dia kasari aku sebab cemburu dia asyik fikir anak dalam perut bukan anak dia sebab first wife dia hasut ..

sampai sepupu2 dia adik2 dia bnci aku dengan tiba2 sebab dorang ingat aku dah bomhkan laki aku. sebab laki aku terlampau sqyang aku. sebab dulu laki aku ni Playboy banyak gf depan2 wife dia pun dia boleh bawa gf dia. aku baru tau masa wife dia cerita mula2 kami kenal. so dorang fikir aku dah bagi nasi kangkang kat laki aku. sebab sampai laki meroyan dengan aku. aku tiap2 malam nagis sebab laki aku balik jer dia asyik tanya anak ni anak siapa..

Aku sampai tak tahan aku suruh dia lepaskan aku. Aku tak nak teruskan lg. Aku bosan dengan dorang suka ftnah aku. aku nak bahagia jer kalau macam ni aku tak bahagia baik aku berpisah. laki aku tak nak pulak lepaskan aku. first wife dia hantar mesg2 marah2 aku.

Aku senyap. sampai satu tahap aku tak tahan asyik tudh aku jahat. aku betul2 buat jahat aku suruh laki aku buat pilihan sama aku atau first wife dia. Pilih satu sebab aku cakap dia tak mampu nak ada dua isteri. gaji punn kecik nak ada dua bini tapi dia tak nak.

first wife dia kecian aku sebab dia cinta. aku paksa dia buat pilihan. kalau tak aku sendiri lari dari dia. dia kasari aku dia cakap kat aku kalau aku lari dia nak bahayakan nyawa aku. sebab dia meroyan dengan aku. aku tak tahan aku kurung dalam bilik. aku tak nak keluar selagi dia tak buat pilihan.

Aku cakap kalau dia pilih aku. anak2 nya dia boleh jaga dan aku boleh jaga aku tak akan pisah2kan anak2 dia. dia tak nak berpisah sebab kecian dengan anak2 dia.dengan aku sebab dia sayang cinta meroyan semua dengan aku. dia cakap dia tak pernah cintakan perempuan macam dia cintakan aku. dengan bini dia pun kahwin sebab kecian. sebab bini dia warga asing. tak ada surat semua. aku tetap dengan pendirian aku suruh dia pilih last2 dia lepaskan bini dia.

Bini dia mengmuk buang semua baju2 laki dia. anak sorang ikut ayah dia sorang ikut mak dia. aku nak kata lega tak juga. sebab aku tak nak pun dia berpisah.. tapi suruh dia pilih aku sanggup kena berpisah tapi dia pilih aku. Lama juga aku rasa bersalah. aku kalau boleh tak nak jadi perampas.

sejak tu laki aku berhenti kerja. dia ajak aku pindah luar kl.. Dia buat kerja2 biasa. dia tak nak tinggalkan aku. Kalau boleh nak aku 24 jam dengan dia.. Masa mula2 dia lepaskan bininya. Dia pujuk aku dia sabar dengan aku tapi aku marah dia macam2 aku benci dengan dia tapi dia tetap sabar.

Dia tetap pujuk aku jaga aku. kerja2 rumah semua dia buat…macam orang angau lar. sebab tu orang tuduh aku bagi nasi kangkang padahal aku tak buat apa pun. aku cuma masak jaga makanan minum dia jer. aku dengan dia dah 4 tahun. lepas 2 tahun dia lepaskan ex bini dia. bini dia dah kahwin lain dah bahagia dengan keluarga baru..

lepas ex dia dah kahwin baru aku hilang rasa bersalah tu. kalau tak aku selalu salahkan diri aku. dan sejak tu juga aku dah tak percaya laki aku. sampai sekarg selalu aku brbalah tapi laki aku tetap sabar dengan aku dan tetap syang aku tak pernah dia buat jahat dengan aku..Sorry banyak typo mengantuk sis. Lega dapat luah sebab sampai

sekarang tertanya2. aku ni jahat ke? aku ni permpas laki orang ker? aku ni teruk sangat ker? atau semua ni takdir. aku akui aku bahagia sekarang. suami aku tak pernah abaikan tanggung jawab …kalau dulu semua orang kenal laki aku kaki perempuan. Sekarang semua terkejut dengan perubahan dia.

dia berubah sebab dia jatuh cinta dengan aku. kalau dulu dia perkok tegar. sekarang semua dia stop sebab aku yang suruh.. sebab dia lagi sayang aku dari semua termasuk kawan2 dia tak ada lagi istilah lepak dengan kawan2..

Sumber : mediabawang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *