Semasa

Slps lstri UEL Dipnggil PoIis, Firdaus W0ng Terus Buat Lap0ran dan Dedhkan Sesuatu Lebih Mengejvtkan

PENDAKWAH terkenal, UEL dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Menerusi satu kenyataan, Abd Jalil berkata pendakwah tersebut dipanggil bagi membantu siasatan kes gangguan sksual.

“Polis mengesahkan bahawa pendakwah tersebut dan isterinya telah dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan, spekulasi atau provokasi kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Baru-baru ini, video dan paparan skrin mesej perbualan, didakwa antara pendakwah itu dengan seorang wanita turut tersebar di media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki mirip pendakwah berkenaan sedang melakukan aksi yang tidak sopan.

“Saya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap pertuduhan gosip di luar sana.

“Bagaimanapun saya serahkan segala-galanya kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya kepada media sejurus keluar dari Bukit Aman, pada jam 2 petang tadi.

UEL mendakwa, kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

“Pihak polis mengambil masa lebih satu jam untuk merakam kenyataan saya. Saya memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Sementara peguam UEL, Datuk Hasnal Rezua Merican, berkata setakat ini polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan, namun belum memberikan sksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

“Setakat ini polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Firdaus Wong Nafi Terlibat Sama Sebagai Admin di Telegram

Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Facebook tampil menceritakan beliau sudah membuat laporan polis.

Ia berikutan didakwa menyebarkan video serta gambar lvcah milik pendakwah terkenal.

Firdaus juga turut menafikan tuduhan yang menyatakan beliau merupakan pemilik channel Telegram yang bertindak menyebarkan video serta gambar lvcah.

Mengulas lebih lanjut, pendakwah bebas ini menceritakan beliau hanya mempunyai satu akaun rasmi Telegram sahaja.

Firdaus Wong Tampil Buat Laporan at nafi

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lvcah.

Saya menafikan fiitnah tersebut.”

Admin Sebenar Didedahkan

   

Berdosa kita sebarkan sesuatu tak pasti

  

“Teknologi Deepfake Malaysia lebih maju dari holiwood”

   

Ujarnya lagi, beliau sama sekali tidak akan mendiamkan diri jika difiitnah dengan tuduhan-tuduhan tersebut.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghiina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difiitnah.

Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fiitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fiitnah tersebut.”

Terdahulu, Firdaus bersumpah atas nama Allah yang beliau tidak mempunyai masalah peribadi atau menyimpan hasad dengki dengan pendakwah yang kini sedang disiasat berhubung kes video dan mesej lvcah.

Sumber : Firdaus Wong Wai Hung / Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *