Semasa

Setelah PM umumkan Malaysia akan menjalani satu lagi MCO. Ini titah Sultan Selangor untuk rakyat Malaysia

Sultan Sharafuddin mahu rakyat berkorban untuk tidak meneruskan amalan lazim pada Hari Raya seperti pulang ke kampung dan kunjung-mengunjung, demi mengelakkan wabak ini daripada terus merebak

Shah Alam: Sempena Aidilfitri ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menyeru agar rakyat dapat berkorban untuk pulang ke kampung dan kunjung-mengunjung bagi mengelakkan wabak Covid-19 terus merebak sehingga sukar dikawal.

Menurut titah perutusan Aidilfitri baginda menerusi Selangor Royal Office, baginda menyeru rakyat jelata agar menyambut Hari Raya kali ini dalam suasana sederhana dan berwaspada.

“Ini kerana Selangor masih lagi berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan meningkatnya jumlah kes baharu jangkitan wabak Covid-19 yang sangat berbahaya.

“Baginda amat bimbang dengan angka kes jangkitan baharu dan kematian di Selangor yang semakin meningkat setiap hari.

“Baginda mahu rakyat berkorban untuk tidak meneruskan amalan lazim pada Hari Raya seperti pulang ke kampung dan kunjung-mengunjung, demi mengelakkan wabak ini daripada terus merebak sehingga sukar dikawal,” menurut titah baginda hari ini.

Sultan Sharafuddin turut berpesan agar seluruh rakyat tidak mengambil mudah dengan bahaya wabak itu dan terus peka dengan situasi terkini di lokasi masing-masing.

“Paling penting, baginda mahu setiap individu yang perlu keluar ke tempat awam untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan khususnya memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan pemakaian pelitup muka pada setiap masa.

“Baginda tidak mahu melihat lebih banyak kematian akibat wabak ini dan menyeru rakyat agar sama-sama membantu pihak berkuasa untuk menghentikan penularan wabak ini sepenuhnya,” titah baginda.

Pada kesempatan itu, Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya di Selangor dan di Malaysia amnya.

“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Duduk di rumah, jangan berhimpun, berdoa hentikan wabak,” menurut titah baginda.

Sumber : HarianMetro / updatenews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *