Hiburan

“Setelah Lima Hari Berdiam diri..” Akhirnya Ini Respon Dari Lan Solo, Syura Dan Tiga Yang Lain

SELEPAS lima hari kontr0versi dakwaan memf1tn4h Siti Nordiana di Instagram live, akhirnya Lan Solo, Syura dan tiga lagi individu lain tampil memberi respons terhadap isu berkenaan.

Menerusi kenyataan bersama kepada mStar, Lan dan empat yang lain turut mendapatkan nasihat peguam selepas menerima notis tuntutan daripada Siti Nordiana pada Isnin.

“Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang diambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami. Kami juga menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

“Apa-apa tindakan atau respons yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat peguam,” kata mereka kepada mStar.

 

Sesi Instagram live Lan Solo dan Syura.

Pada Jumaat lalu, penyanyi Siti Nordiana membuat laporan polis terhadap lima individu iaitu Lan Solo dan isteri Sheila Hashim; penyanyi, Syura Badron; jurusolek, Aida G dan Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin kerana didakwa memfitnahnya di media sosial.

Siti Nordiana turut menuntut mereka berlima tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam selepas menerima n0tis.

Kami juga menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

LAN SOLO

PENYANYI

Kontr0versi tercetvs selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pended4han mengejutkan berkaitan k0nflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Sumber : m Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *