“Set pinggan mangkuk je cecah 25K,” tiada RM50K sebulan saya tak boleh jalani kehidupan

Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zukefli mendedahkan perbelanjaan bulanan perlu ditanggung dirinya untuk menjalani kehidupan seharian mestilah tidak kurang daripada RM50,000.

Katanya, tanpa jumlah tersebut, dia tidak boleh menjalani kehidupan sehariannya dengan sempurna.

“Sejak lima tahun lalu, komitmen saya setiap bulan adalah tak kurang daripada RM50,000,” katanya di media sosial.

Menurut Iqbal, untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak itu, dia juga harus berusaha sendiri.

“Sendiri kerja, tak pernah ditanggung sesiapa,” katanya.

Iqbal turut mengiringi hantaran itu dengan jumlah bil elektrik perlu dibayar setiap bulan yang kosnya mencecah lebih RM1,649.

Selain itu katanya, dia juga membeli keperluan susu untuk anak angkatnya hingga mencecah ribuan ringgit.

Melalui hantaran berbeza, Iqbal juga dilihat cuba menjual barang-barang perabotnya yang tidak dipakai.

 

Walaupun perabot tersebut jarang digunakan, dia tetap mempromosi ia dengan harga yang jauh lebih murah.

Bagaimanapun kata Iqbal, banyak pihak menuduh harga barangan yang dijual itu tidak wajar kerana ia menyerupai produk-produk yang jauh lebih murah dan dibeli dari platform seperti Shopee.

Walaupun bukan berniat untuk riak, Iqbal berkata dia perlu tampil memberi penjelasan bagi mengelak salah faham.

“Cuma barangan yang saya beli nampak sama tapi bukan dia.

“Macam sofa, saya beli RM26,000. Saya bole tunjukkan resit. Televisyen ruang tamu pun RM30,000. Set pinggan mangkuk dah cecah RM25,000. Memang kalau cari di Shopee, nampak seakan tapi bukan.

“Janganlah samakan begitu. Kasihan saya.

“Saya jual bukan dapat untung cuma saya tidak mahu simpan.

“Kalau saya tawar percuma, semua berebut dan ramai ambil kesempatan. Biasa satu minit muat naik terus orang bayar. Jadi kalau siapa serius mahu beli terus buat bayaran ya,” katanya.

Sumber : malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *