“Semua bukti berunsur fitnah, Iucah dan maki akan discreenshot oleh peguam walau dah delete” – Risteena

Pelakon Risteena menerusi akaun media sosialnya ada memberi peringatan kepada mana-mana individu yang menghantar kiriman berunsur fitnah, lucah dan makian terhadapnya akan dikenakan tindakan.

Maklum Risteena, dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka meskipun hantaran tersebut telah pun dipadam.

InstagramSumber : Instagram  

Walaupun dah delete, semua bukti mesej berunsur fitnah, lucah, maki akan terus di screenshot oleh pihak lawyer. Tolong bagi kerjasama nanti.

Difahamkan, kiriman tersebut telah dihantar oleh beberapa individu kepadanya selepas adiknya, pelakon Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai tangkapan khalwat yang terjadi di antara aktres itu dengan pelakon Aliff Aziz.

Risteena sebelum ini memaklumkan bahawa dia tidak terganggu sama sekali apabila diserang netizen disebabkan isu tersebut.

Namun begitu, dia meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana mungkin berunsur fitnah dan tidak benar.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *