Hiburan

“Semalam Sambut Hari Jadi Dengan mom,Hari ini Meriah Sambut Hari Jadi Dengan daddy” Untung Ramai Sayang Aleesya

Selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12 bersama ibunya, primadona Erra Fazira, giliran Engku Aleesya dengan keluarga tirinya pula iaitu Noor Nabila dan Jebat Jayden Ahmad.

 

Menerusi Instagram (IG) Engku Emran, dia ada memuat naik foto bersama Aleesya dan Nabila ketika majlis sambutan yang diadakan di rumah, semalam.

 

Dalam kapsyen yang ditulis, Engku Emran terharu kerana seluruh ahli keluarga Nabila berganding tenaga untuk meraikan hari bahagia anak tunggalnya itu.

 

 

 

 

“Terima kasih banyak kepada semua yang mengatur ulang tahun untuk Aleesya malam ini. Terutama Mummy yang mula menyiapkannya sejak semalam dan memasak hidangan kegemaran Aleesya, Briyani Ikan yang mewah.

“Aunty Sara untuk kek angsa, deko dan hadiah yang indah, Aunty Nellisa, Aunty Athisha dan Aunty Ameera untuk hadiah dan banyak membantu Mummy.

 

“Dhadi terima kasih atas doa tulus yang awak baca dan hadiah yang indah,” tulisnya.

Sementara itu, ibu kepada usahawan Neelofa iaitu Noor Kartini turut berkongsi rakaman video di Instagram Stories miliknya.

 

“Malam ini kita sambut hari lahir Aleesya. Sedapnya nampak kek. Ini kek kegemaran daddy Aleesya, ini Dhadi Aleesya dan ini mama suka cantiknya kek,” katanya.

 

Engku Emran dan Nabila sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac lalu

Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun berakhir dengan perc.eraian.

 

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.

 

Nabila pula pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad.

 

Sumber : Gempak

 

Artikel Sebelum nya,

Semperna Ulang Tahun Ke 12 tahun,Erra Fazira titip pesan buat puteri kesayangan.. Ramai betul sayang Aleesya.

Berikutan sambutan ulang tahun kelahiran ke-12 anaknya, Engku Aleesya, selebriti terkenal Erra Fazira memuat naik satu video meraikan anaknya itu.

 

Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek itu sempat menitipkan pesanan serta ucapan buat anak tunggal kesayangannya itu.

 

Hadirmu menyempurnakan hidupku

Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu..

“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku.. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. Hadirmu menyempurnakan hidupku.. Ya Allah.. Terima kasih di atas anugerahMu..”luah Erra berbaur sebak di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, bintang drama ‘Gerak Khas’ berkenaan berkongsi kenangan sewaktu melahirkan anaknya di mana saat pertama kali bertentang mata, gugur segala kesakitan serta kepayahan dirasainya.

 

Jelas wanita berusia 47 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana kehadiran Aleesya telah menyempurnakan hidupnya di dunia ini.

 

Happy birthday Aleesya!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Aleesya memuji kecantikan kedua anak-beranak itu.

Dalam pada itu, ayah Aleesya iaitu Engku Emran turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir buat puteri tercinta.

 

Aleesya ajar ayah erti kehidupan.

Aleesya sayang Ayah, dah masuk 12 tahun hari ini. Ayah sangat bersyukur dapat jadi ayah kepada Aleesya. Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan,” tulis Emran.

Menurut Emran, mereka anak beranak telah menghadapi pelbagai cabaran dan ujian bersama. Dia berharap Aleesya menjadi seorang anak yang berjaya dalam hidup, hamba Allah yang sentiasa taat padaNya dan dikurniakan ketenangan buat selamanya.

 

Terdahulu, ibu tiri kepada Aleesya iaitu Noor Nabila turut memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12.

Sumber: Instagram Erra Fazira, Instagram Engku Emran 

ohmymedia.

“Kau Serikan Hidupku & Anakku Dengan Kehadiran Aleesya”– Noor Nabila

Di Instagram, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila telah memuat naik satu posting khas sempena ulang tahun kelahiran anak tirinya iaitu Aleesya.

 

Sempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-12, Nabila memohon yang terbaik buat anak tirinya itu. Tambah Nabila, kehadiran Aleesya dalam keluarga telah menyerikan lagi hidupnya dan Jebat.

Terdahulu, Aleesya turut hadir di majlis perkahwinan ayahnya iaitu Engku Emran. Mengenakan busana bewarna putih ketika majlis perkahwinan ayahnya, Aleesya turut kelihatan mesra bersama Jebat dan ahli keluarga ibu tirinya. Malah, dia turut menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga Nabila selepas majlis tersebut berlangsung.

Sumber: Noor Nabila / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *