Hiburan

“seluruh keluarganya sudah terkena” Datin Alyah mohon doa dari semua

Penyanyi Alyah memohon orang ramai mendoakan anak saudaranya Siti Nazirah Aziz yang ‘ditidurkan’ kerana kesuk4ran bernafas akibat C.ovid-19 kembali sembuh.

Alyah menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) berkata, seluruh ahli keluarga Siti Nazirah kini positif C.ovid-19.

Katanya, punca j.angkitan adalah berpunca daripada sebuah kilang di Gelang Patah, tempat Siti Nazirah dan keluarganya berniaga makanan.

“Assalammualaikum semua. Mohon doakan Anak sedara saya @nazirah_aziz93 kembali sihat semula.

“Dia dah ditidurkan kerna sukar bernafas kerana positive c.ovid19 dan seluruh keluarganya sudah Positif C.ovid-19.

“Dikenal pasti dij.angkiti dari kilang tempat mereka menjual makanan di kafe kilang tersebut di gelang patah dan kilang terbabit masih beroperasi,” katanya.


Di ruangan Instastory, Alyah telah memuat naik beberapa hantaran kakaknya yang dipanggil Kak Chik juga telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Selain itu, Alyah turut berkongsi tangkapan skrin perbualan terakhirnya bersama Siti Nazirah sebelum anak saudara kesayangannya itu ‘ditidurkan’.

“CT Cik Jah tahu kau dah ditidurkan. Cik Jah tahu kau kuat. Kau kan macam singa Cik Ana. Bangun semula ya Ti, Cik Jah tunggu kau bangun,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, pengikut Alyah mendoakan agar dkeluarga Siti Nazirah tabah berdepan dugaan ini dan mendoakan kesembuhan buatnya.

Kilang degil tidak akan terlepas, penguatkuasa MITI beroperasi 24 jam

UALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih mengesan sikap sebahagian pengusaha kilang yang degil dan gagal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Pengarah Pasukan Petugas Khas Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MITI, Shukri Firos Rahman sebahagian mereka dikenakan kompaun dan arahan penutupan akibat kegagalan tersebut.

Jelasnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, lebih 300 operasi telah dijalankan ke atas premis-premis kilang bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi arahan semasa.

“Kita sebenarnya sekarang ini beroperasi selama 24 jam setiap hari tanpa mengira cuti umum atau cuti hujung minggu sebab seperti mana yang kita sedia maklum ada industri kilang yang memang dibenarkan beroperasi 24 jam.

“Kita juga buat lawatan khususnya di waktu malam. Sebab ada juga yang menyangka, waktu malam ini kita dah tidak lawat, jadi mereka longgarkan sikit daripada sudut SOP.

“Jadi, waktu malam ini biasanya mereka dapat tangkap kes tidak pakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan operasi pemeriksaan di sekitar Shah Alam pada Jumaat.

Tambah beliau, kes yang paling tinggi pelanggaran SOP adalah membabitkan kegagalan dalam mematuhi penjarakan sosial di tempat kerja.

Jelasnya, MITI akan melakukan pemeriksaan segera sekiranya terdapat aduan daripada orang ramai atau pekerja kilang terbabit.

Malah, katanya MITI juga sentiasa memantau sehingga ke peringkat media sosial sekiranya terdapat unsur pelanggaran peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan

Negara (MKN) oleh kilang-kilang di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Yang pertama, kita bagi keutamaan yang tinggi kepada aduan orang ramai. Aduan orang ramai ini ada pelbagai cara, ada yang kita terima terus kepada MITI, ada yang kita terima daripada jabatan lain dan ada juga yang kita terima daripada media sosial termasuk yang ‘tag’ MITI,” ujarnya.

Pada serbuan yang dilakukan pada Jumaat juga, pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 terhadap sebuah kilang yang gagal memastikan pekerjanya melakukan imbasan MySejahtera.

Manakala sebuah lagi kilang diarahkan ditutup kerana melanggar syarat operasi yang dibenarkan oleh MKN.

Penguatkuasa MITI mengeluarkan kompaun ke atas majikan yang gagal memastikan pekerjanya gagal melakukan imbasan MySejahtera pada Jumaat.

Sumber: gempak, Astro AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *