Hiburan

Selepas pilih tinggal berasingan dgn suami, ini statu terkini rumahtangga Syamsul Yusof

KUALA LUMPUR: Tidak sesekali membe-nci, jauh sekali perasaan cinta semakin pudar, namun ada sebab pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, 35, keluar rumah bersama anak-anak dan memilih tinggal berasingan dengan suami, Syamsul Yusof, 36, buat seketika. Ia demi memulihkan kemelut yang melanda rumah tangga mereka, sejak beberapa bulan lalu.

Barangkali alasannya kedengaran agak janggal. Ini kerana tempat seorang isteri tentunya di sisi suaminya. Tindakan Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengundang tanda tanya, apakah caranya itu mampu menyelamatkan mahligai yang dibina sejak enam tahun lalu terh3mpas ke bumi. Dan, bagaimana kasih sayang dan memperoleh jalan penyelesaian jika tidak tinggal sebumbung?

Itu pandangan orang luar, namun bagi si empunya diri yang bahunya sendiri sarat memikul bebanan, Sarah yakin itulah cara terbaik untuk menyelesaikan segala pergolakan yang berlaku dalam perkahwinannya.

“Krisis rumah tangga kami sudah berlanjutan sejak sekian lama. Sehingga kini, saya dan Syamsul masih cuba mencari jalan penyelesaian. Kami perlukan masa dan mungkin dengan cara berjauhan dapat mengembalikan semula rasa cinta dan rindu.

“Sungguhpun berjauhan, kami masih berhubung dan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp. Syamsul juga bebas bertemu anak-anak, Syaikhul Islam, 3 dan Sumayyah, 1.

“Tidak dinafikan, ramai menasihatkan saya supaya jangan terlalu lama berjauhan dengan suami. Hakikatnya, kami sukar mencari kata sepakat dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku ketika tinggal sebumbung. Setiap perbincangan pastinya berakhir dengan perg4duhan. Mungkin dengan cara ini, saya harap keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

“Sejujurnya, saya dan Syamsul serta keluarga mengharapkan perkara baik sebagai penamat konflik ini. Tak terfikir berakhir dengan percer4ian. Insya-Allah dengan cara ini, kami boleh kenang kembali momen manis ketika bersama dan merasai pengalaman jika suami atau isteri tiada di sisi,” katanya kepada BH Online ketika ditemubual kapsul hiburan, BHTV, Apa Kes? baru-baru ini.

Puteri Sarah Liyana berharap dapat memperbetulkan kesilapan, saling memaafkan, melupakan apa yang berlaku dan meneruskan hidup tanpa perlu menoleh ke belakang lagi sempena ulang tahun kelahiran dan penutup 2020. – NSTP/Asyraf Hamzah

Meskipun mendapat tentangan dan dikritik, namun jalan penyelesaian yang dipilih Sarah kini semakin menampakkan hasil yang positif seperti diharapkan.

“Kami sedang menuju ke arah kebaikan, tak pernah wujud kebenci4n. Jika larut dengan kebenci4n, sudah lama perkahwinan kami berakhir. Cuma, sekarang, kami sedikit bermain tarik tali.

“Tindakan kami bukan disebabkan keegoan, tetapi memberikan ruang untuk muhasabah diri. Saya tak pernah berd3ndam dengan suami, tetapi mahu memberikan sedikit pengajaran. Biarpun tiada sebarang kepastian bila krisis rumah tangga tamat, tetapi saya mengharapkan ia segera berakhir.

“Saya berterima kasih atas nasihat dan sangat terbuka dengan apa sahaja pandangan yang diberikan, tetapi penghujungnya, saya dan Syamsul yang akan menentukan jalan terbaik,” katanya.

Walaupun ramai yang melempar tanggapan keretakan rumah tangga Sarah dan Syamsul berpunca dengan kehadiran orang ketiga. Spekulasi bergoncang lebih kuat dengan tindakan Sarah memuat naik perkongsian mengenai kecu-rangan, namun sehingga hari ini, tiada kepastian yang terbit daripada mulut mereka.

Ketika diajukan persoalan kecu-rangan, pelakon drama rantaian, Evolusi KL Drift The Series itu enggan mengulas lanjut. Malah, ia terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Soal ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Cuma, apa yang boleh katakan, setiap perkahwinan tidak terlepas daripada belenggu masalah. Bezanya, bagaimana cara berdepan dengan permasalahan. Adakah iman cukup kuat untuk menempuhi? Saya tahu lelaki banyak g0daan, tetapi saya boleh menerima dan memaafkan jika perkara ini berlaku.

“Boh0nglah sebagai isteri tiada rasa cemburu dan sangsi dengan suami, lebih lagi, jika tidak diberi perhatian atau ada anasir luar yang cuba menggugat keharmonian rumah tangga. Pun begitu, pengalaman berjauhan ini banyak menyedarkan, sekali gus melenyapkan perasaan ragu,” katanya.

Saat diusik apakah ada pesanan yang ingin di titipkan kepada manusia yang cuba memporak-perandakan rumah tangganya, pemegang Ijazah Pengurusan Hotel, Universiti Teknolgi MARA (UiTM) ini hanya tergelak seakan sudah dapat mengagak tujuan soalan diajukan.

“Saya jawab secara umum sahaja (ketawa). Tak eloklah buat begitu. Bagaimana jika perkara yang sama berlaku pada diri anda? Kena ingat itu, pasti ada kifarah yang menanti,” luahnya.

Berdasarkan apa yang dilaluinya, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie itu turut menekankan, komunikasi dan tidak mengambil ringan perasaan pasangan adalah kunci kebahagiaan sebuah mahligai rumah tangga.

“Kena ada komunikasi, kepercayaan, saling setia dan memperuntukkan masa supaya tidak terasa seperti diabaikan. Jika salah seorang daripada pasangan rasa kosong atau sunyi, kena memperbaikinya bersama. Jika timbul masalah boleh dapatkan khidmat kaunseling atau selesaikan, bukannya meletakkan bebanan kepada salah seorang sahaja.

“Kebanyakan nasihat yang diterima, semuanya menyalahkan isteri. Lelaki juga kena mengetepikan keegoan dan menyelesaikan masalah yang timbul bersama isteri, barulah ia berhasil. Dalam situasi saya, memang saya ada mengajak Syamsul pergi ke pejabat agama untuk mendapatkan khidmat. Mujur, Syamsul bersetuju.

“Jika hanya kami berdua, perbincangan takkan selesai kerana masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah. Tetapi, apabila ada orang luar yang bersikap tidak berat sebelah, kami boleh tahu apa kesilapan dan dapat memperbaikinya bersama,” katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama berjudul Melastik Ke Hatimu.

Baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-35 pada 1 Disember lalu, anak sulung daripada empat beradik itu turut mengharapkan, pertambahan usia dan kehadiran 2021 yang bakal menguak jendela memberikan sinar baharu dalam hidupnya.

“Sempena ulang tahun kelahiran dan penutup 2020, saya mengharapkan kehadiran 2021 akan lebih baik dan dikurniakan cahaya mata ketiga. Saya dan Syamsul memang merancang mahu memiliki tiga atau empat anak.

“Saya juga berharap dapat memperbetulkan kesilapan, saling memaafkan, melupakan apa yang berlaku dan meneruskan hidup tanpa perlu menoleh ke belakang lagi,” katanya yang kembali aktif berlakon selepas mendapat restu suami, sejak tahun lalu. Bagaimanapun, ada beberapa syarat yang diletakkan Syamsul supaya tidak menimbulkan fitn4h.

“Saya Minta Maaf, Saya Bukan Ustaz Adam” – Syamsul Yusof

Mengakui bahtera perkahwinan yang dibina sejak enam tahun lalu berdepan masalah, Syamsul, 36, akhirnya mengaku sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya.

“Isteri saya dah merajuk jadi saya tinggal sendiri. Fans dan followers kami semua dah tahu, kini saya sibukkan diri dengan kerja,” kata Syamsul kepada Berita Harian.

Syamsul saat dihubungi Gempak kemudian mengatakan dia sebolehnya ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Jauh sekali kata Syamsul untuk melafazkan cerai kepada Sarah yang telah melahirkan anak anaknya.

“Terus terang, saya tak mahu bercer4i. Saya nak selamatkan rumah tangga dan saya percaya isteri saya pun begitu juga. Tapi ia tidaklah semudah itu. Ada banyak lagi faktor-faktor lain yang saya perlu fikirkan yang melibatkan hati dan perasaan,” katanya.

Syamsul juga mengatakan walaupun memikul predikat pelaku seni, dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai ujian hidup sendiri. Melalui fasa masalah dalam rumah tangga adalah ujian buatnya.

Meski demikian, anak penerbit, pengarah dan aktor tersohor Datuk Yusof Haslam ini tidak pernah mahu menuding jari dan menyalahkan sebelah pihak.

Dia percaya, apa yang berlaku, kekhilafan juga datang daripada pihaknya juga, bukan dari wanita yang dinikahinya pada 8 Mac 2014 silam.

“Saya terima ujian saya. Isteri adalah ujian saya. Tapi apa-apa pun, saya taknak tuding jari pada isteri saya, saya anggap saya muhasabah diri, lihat balik diri saya, Sarah seorang isteri yang baik.

“Mungkin saya terlalu fokus dengan kerja. Banyak hal-hal dalam kain yang saya tak boleh nak cerita. Cukup saya kata, doakan yang terbaik,” ujar Syamsul lagi.

Biar sudah tidak tinggal sebumbung, Syamsul mengaku dia masih mempunyai kesempatan untuk bertemu anak anaknya iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Summayah, setahun, yang dibawa Sarah untuk tinggal bersama ibu bapanya.

“Tengoklah tiga empat hari sekali mak saya bawa anak jumpa saya,” katanya lagi.

Mengakui dirinya tidak sempurna, Syamsul meminta maaf apabila dia tidak boleh menjadi versi Syamsul Yusof yang peminat mahukan sama ada watak ustaz Adam ataupun Shark.

Malah, dia menghargai peminat yang memberikan nasihat dan peringatan. Mungkin ada kalanya dia tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang memberikan komen melanggar batas namun dia mendengar segala nasihat yang baik.

“Jadi saya fikir apa yang mahu saya cakap, semua saya sudah share. Jadi ini sajalah dari saya,” katanya lagi mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya.

Sumber : kecohape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *