Semasa

SeIain BermuIut Manis dan Pandai Agama, Teknik ini Juga Punca Utama Ramai G4dis Terg0da

SUSULAN 12 laporan diterima pihak polis membabitkan pelbagai kesalahan sksual, reman terhadap pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed disambung lagi ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Tuan Ahmad Feisal Mohd Azmi pada Selasa.

Da’i Syed atau Syed Syah Iqmal Mohammad Shaiful Syed Jamallulail kelihatan tenang ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11 pagi.

Suspek yang berusia 25 tahun memakai baju yang sama berwarna hijau ketika hadir untuk permohonan reman pertama pada Jumaat, 27 November lalu.

Dia yang kelihatan kusut dan seolah-olah tidak terurus bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang membuat liputan.

SeIain Bermulut Manis dan Pandai Agama, Teknik ini Juga Punca Utama Ramai Gadis Tergoda

Da’i Syed hadir dalam keadaan tidak terurus.

“Terima kasih banyak semua. Alright thank you… Assalamualaikum jumpa lagi,”

Katanya sebelum meninggalkan mahkamah sebelum memasuki kenderaan polis.

Sementara itu peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili suspek memberitahu pihak media, Da’i Syed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.

Dia akan cuba membersihkan namanya melalui peruntukan undang-undang yang ada.

“Dia menafikan sebarang kesalahan terhadap aduan atau tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Dan dia sedia memberi kerjasama kepada polis untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

“Dia akan cuba membersihkan namanya melalui peruntukan undang-undang yang ada.

“Saya dimaklumkan ada banyak reporttiba-tiba muncul, ada kemungkinan akan disambung siasatan di balai-balai lain,” ujar peguam bela kepada mStar.

Mulut manis, pandai cakap hal agama antara penyebab gadis masuk perangkap Da’i Syed

KES dakwaan terlibat dalam jenayah seksual membabitkan Da’i Syed menjadi semakin panas.

Ini apabila lima lagi mangsa tampil membuat laporan polis terhadap suspek yang kini masih dalam tahanan reman.

Ini selepas enam laporan diterima sebelum ni.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, semua laporan itu diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Petaling Jaya.

“Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit.

Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menggesa semua tampil ke hadapan.

Ini sekiranya mereka menjadi mangsa pendakwah ini,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman yang disampaikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, selaku Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif Inix Technologies Holdings Bhd di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

SeIain Bermulut Manis dan Pandai Agama, Teknik ini Juga Punca Utama Ramai Gadis Tergoda

Sehingga kini polis menerima 12 laporan membabitkan Da’i Syed.

Suspek berusia 25 tahun itu masih dalam tahanan reman sehingga 6 Disember ini bagi membantu siasatan.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menerima tujuh laporan iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rgol).

Tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cbul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Kesksaan (seks luar tabii).

Manakala satu kes lagi diklasikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan tiada unsur gangguan sksual.

Dalam pada itu, Noor Azam memberitahu kebanyakan mangsa berusia sekitar 21 hingga 25 tahun.

Golongan itu dipercayai mudah tertarik dengan pendakwah tersebut kerana cara berkomunikasinya.

Kadang-kadang mangsa malu, kita tidak boleh salahkan mangsa sebab ini melibatkan maruah.

Tetapi apabila seorang keluar, mesti dua tiga orang mangsa akan keluar lagi.

Katanya, mangsa mungkin lebih tertarik kepada pendakwah tersebut atas kedudukannya sebagai individu yang ketika bercakap lebih menjurus kepada keagamaan selain caranya juga meyakinkan.

“Tarikan daripada segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan.

Ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa,” ujarnya.

Dakwaan guna minyak pengasih

Mengenai dakwaan kononnya pendakwah itu menggunakan ilmu pengasih.

Pihak polis tidak mempunyai maklumat berhubung hal itu namun tidak menolak cara seseorang itu bercakap.

Dan mendengar masalah antara perkara yang menjadi kelemahan seseorang wanita menyebabkan mereka mudah terjerat.

“Kadang-kadang lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis cantik juga,” katanya.

SeIain Bermulut Manis dan Pandai Agama, Teknik ini Juga Punca Utama Ramai Gadis Tergoda

Pendakwah Da’i Syed direman sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan kemukakan fakta dan semua bukti kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas semua siasatan lengkap dilakukan.

Sementara itu, Noor Azam tidak menolak punca kebanyakkan mangsa mengambil masa lama membuat laporan polis.

Ini disebabkan isu tersebut melibatkan maruah diri sehingga mereka berasa malu.

Justeru beliau menyeru mana-mana individu yang menjadi mangsa agar tiak bimbang untuk membua laporan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *