Hiburan

“Sedih Teramat, Nak Taip Kapsyen Ni Pun Susah” Shiha Zikir Buat ‘Cover’ Lagu Arwh, Menyanyi Sampai Mengalir Air Mata

Pemergian Allahyarham penyanyi Siti Sarah Raissudin memberikan kesan buat semua apabila permata seni tanah air itu pergi ke negeri abadi buat selamanya pada 9 Ogos lalu.

Setelah hampir 3 minggu berlalu, ramai di kalangan penyanyi yang telah memberikan penghormatan dengan menyanyikan semula beberapa lagu popular Allahyarham di ruangan maya.

Penyanyi Shiha Zikir misalnya antara penyanyi yang telah mendapat perhatian ramai apabila berkongsi satu rakaman video berkaitan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Shila menyampaikan 4 buah lagu iaitu Semakin, Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu dan Ke Hujung Dunia.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shiha Zikir (@shihazikir)

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Norshiha Mohd Zikir, dia rasa sangat sukar untuk melakukan rakaman lagu penghormatan tersebut.

“TRIBUTE buatmu Kak @sitisarahraissuddin AL-FATIHAH Cover lagu yang paling susah untuk Shiha. Sedih teramat. Nak taip caption ni pun susah.

 

“Terima kasih sebab pernah hiburkan kami semua & tinggalkan kenangan yang terindah bust kami. Shiha doakan moga abg @shuibsepahtu , anak2 & seluruh keluarga terus tabah.Aamiin Ya Allah..,” tulisnya.

Sekadar informasi, Sarah yang sedang hamil 7 bulan telah dijangklti wabak Covldl9 telah disahkan menlnggal dunia dan selamat dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor, pada 9 Ogos.

Sumber : mediahiburan

“Menitis Air Mata”- Amelina Sebak Peminat Bantu Perniagaan & Sedekah Atas Nama Siti Sarah

Penyanyi dangdut, Amelina sebak apabila menerima tempahan makanan yang tanpa didug4 daripada individu dengan niat membantunya perniagaannya.

Lebih terharu peminat itu menyatakan niatnya menempah makanan daripadanya untuk disedekahkan atas nama arwh Siti Sarah.

“Minggu lepas ada hamba Allah ni dia bell dari Kak Long (Amelina) dan minta Kak Long sedekahkan atas nama allhyarhamah Siti Sarah dalam masa yang soma nak bantu Kak Long sebab kami berdua adalah artis kegemaran beliau.

“Menitis air mata Kak Long campur sayu terdetik dalam hati Kak Long betapa indahnya bila diri di sayangi,” katanya.

Pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Amelina memuat naik paparan skrin perbualannya bersama peminat berkenaan.

Kota Amelina sebelum ini ramai juga pelanggannya menempah makanan daripadanya untuk disumbangkan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.

“Sebenarnya ramai yang tempah makanan dari Kak Long (Amelina) untuk di sedekahkan dan mengamanahkan Kak Long untuk disedekahkan yang mereka bell ini ke rumah-rumah anak-anak yatim , asnaf dan lain-lain.

“Ada yang buat atas nama arwh mak ayah mereka dan ada untuk diri sendiri. Dan bila kaklong cakap terima kasih mereka akan kata ‘Saya nak bersedekah sambil tolong Kak Long & supaya bersemangat terus’,” ceritanya.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga baru-baru ini, Amelina mengambil tempahan memasak beberapa menu set nasi yang diusahakan sendiri di rumah.

Sumber : Gem pak / transformasipw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.