“Sebelum ni simpan je kali ni Ibu dedh” lepas ank digelar biblk, Ibu dedh punca aiman pilih zahirah banding bekas kekasih!

Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff tidak melenting apabila anak sulungnya disindir secara terbuka oleh Fathia Latiff baru-baru ini, sebaliknya memuji keperibadian zuriatnya.

Maslinda dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, Zahirah Macwilson merupakan seorang yang memiliki keperibadian cantik luar dan dalam, termasuk menjadi seorang ibu.

ibu Zahirah Macwilson

Bukan itu sahaja, Maslinda juga menyifatkan isteri kepada aktor, Aiman Hakim Ridza itu sebagai seorang anak yang bertanggungjawab.

“Kamu (Zahirah) cantik luar dan dalam. Anak, ibu dan isteri penyayang serta mengambil berat.

“Sayang kamu sangat, kak,”tulisnya ringkas pada hantaran di Instagram, semalam.

Sebelum ini, pelakon drama Ariana Rose, Fathia Latiff berpendapat Zahirah Macwilson saling tidak tumpah seperti seorang bibik (pembantu rumah).

Dia berkata demikian ketika menjawab komen peminat dalam siaran langsung media sosial yang mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.

Dalam pada itu, dia turut bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

ibu Zahirah Macwilson

Tidak terhenti di situ, Fathia  berkata, Zahirah bukanlah pesaing sebenarnya dan dirinya mempunyai kebebasan menyuarakan pendapat seperti mana dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Fathia, dia juga tidak gentar jika pihak Aiman dan Zahirah mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya kerana tahu pasangan itu tidak akan berani berbuat demikian.

Sebelum ini, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman Hakim Ridza sebelum aktor itu berkahwin dengan Zahirah.

Sumber : ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *