Hiburan

“Saya Tak Tahu Pun Hamil, Tiba-Tiba Pengsan…” Ini Keadaan Terkini Diana Rafar

Pelakon Diana Rafar memaklumkan khabar duka dirinya mengalami keguguran usia kandungan dua bulan pada Jumaat.

Berkongsi perkara terbabit kepada Harian Metro, kata Diana, 39, dia sendiri tidak menyangka dirinya sedang berbadan dua sehinggalah berlaku pendarahan.

“Sejujurnya saya tak tahu pun hamil. Apabila tiba-tiba nak pengsan sebab pitam, buat pemeriksaan saya mengandung lagi.

“Ketika itu tekanan darah saya rendah sangat iaitu bawah 70. Dalam masa sama saya sudah mengalami pendarahan selama empat hari. Jadi tadi terus dicuci.

“Prosedur masuk bilik pembedahan sangat menakutkan. Apatah lagi ini pengalaman pertama saya. Abang Zamarul pula tak boleh teman. Peraturan hospital sekarang. Dia hanya buat panggilan video,” katanya.

Isteri kepada pelakon Zamarul Hisham itu reda dengan ujian tersebut dan menganggap tiada rezeki mereka.

Kalau ikutkan anak ketiga belum lagi berusia setahun. Tapi, apabila diberitahu hamil dua bulan dan keguguran pula, saya anggap ia bukan rezeki kami.

“Saya masih lagi dirawat di hospital. Ini pun saya masih lemah dan semangat tak kuat. Fobia menjalani pembedehan semasa melahirkan anak ketiga tempoh hari pun belum hilang lagi.

“Terima kasih pada semua yang tidak henti menghantar mesej (DM) di IG dan bertanya mengenai keadaan saya. Doakan semoga saya cepat sembuh,” tambahnya.

Pada September tahun lalu, Diana selamat bersalin anak ketiga iaitu lelaki.

Diana dan Zamarul sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata Kashfi Haiqal, 11, dan Kayla Reysha, 4.

Komen dari netizen

“Sabarlah.. rezeki xde.. dan tentu ade hikmahnya

“Sabar la n dugaan …kami doa kan selalu sehat …sy peminat kamu..

“Innalillawainnaillaihirojiun…x pe Diana… jagalah kesihatan lebih penting…xda rezeki Tu…lg pun baru lepas bersalin czer tahun lepas… jahitan pun x brp kuat lg…moga Diana cepat sembuh… ammin2

Sumber : gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *