“Saya sangat bahagia dan tenang” kecapi nikmat perkahwinan bersama Athira

Pelakon Hafidz Roshdi lebih memilih untuk enggan mengambil kisah mengenai segala kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen terhadap dirinya dan isteri, Athira Yuhada.

Aktor itu yang baru sahaja bernikah kali kedua itu juga tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara (perkahwinan) itu.

Apa yang boleh saya katakan adalah saya sangat bahagia dan tenang.

Perasaan saya ketika ini adalah sangat gembira dan bahagia. Itu yang saya boleh simpulkan.

Sebelum ini, tular mengenai sebuah video miliki pengusaha syarikat rekreasi yang memaparkan pasangan itu gembira dan ‘enjoy’ ketika melakukan aktiviti lasak dan difahamkan mereka berdua sedang berbulan madu di Kuantan, Pahang.

Terdahulu, Hafidz akhirnya menamatkan zaman duda yang dipegangnya selama hampir 6 bulan itu bersama kekasih lama, Athira Yuhada pada 16 Disember lalu.

Athira sebelum ini menjadi individu yang didakwa telah meruntuhkan rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Shuhada sebelum ini.

Hasil perkongsian hidup Hafidz dan bekas isteri, mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *