“Saya rasa ini tahun terakhir saya sambut ramadan” – Fathia Latiff

Perkongsian pelakon sensasi Fathia Latiff menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik gambar dengan kapsyen memberitahu bahawa tahun ini adalah Ramadan terakhir buatnya.

Menerusi entri di Instagram itu, Fathia berkongsikan gambar bersama ibunya yang dilihat sedang membaca Al-Quran namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai statusnya itu.

“Saya rasa ini tahun terakhir saya menyambut Ramadan,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Fathia turut berkata bulan Ramadan bukan waktu untuk seseorang itu menjadi riak sebaliknya fokus beribadah kepada Allah.

Terdahulu, Fathia memberi amaran kepada netizen berikutan sering dikecam dan mengatakan jangan sampai dia keluar agama disebabkan apa yang netizen lakukan kepadanya.

Fathia juga mengatakan bahawa netizen yang akan masuk neraka kerana seolah memaksa dirinya.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *