“Saya dah umur 82 tahun.. tolonglah pulangkan filem saya sebelum saya menutup mata” Sarimah

SENIWATI Datuk Sarimah Ahmad meluahkan rasa kecewa apabila seorang penerbit tidak menepati janji bagi memulangkan pita asal empat filem hasil terbitannya yang disimpan sejak 36 tahun lalu.

Sarimah, 82, mendedahkan ketika itu dia terpaksa menyerahkan salinan asal pita berkenaan sebagai membayar hutang kepada penerbit yang enggan disebut namanya.

Katanya, empat tajuk pita filem dalam simpanan penerbit berkenan adalah Kabus Tengahari, Detik 12 Malam, Dia Ibuku dan Jejak Bertapak yang mempunyai kenangan tersendiri buatnya.

2544658

Sarimah mohon pita asal filemnya dikembalikan.

“Saya mohon sangat agar dia dapat pulangkan semula pita asal empat filem itu sebelum saya menutup mata kerana sudah 36 tahun dia menyimpannya sejak hari kematian suami saya, Allahyarham Yusof Majid.

“Sekiranya dulu pita itu diambil bagi membayar segala hutang kami kepadanya tapi sudah lebih 30 tahun berlalu, takkanlah masih belum lunas lagi,” katanya kepada mStar.

Sarimah meluahkan perkara itu ketika ditemui pada Program Ziarah Madani oleh Setiausaha Politik II Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi di kediamannya pada Khamis.

Dalam pada itu, Sarimah juga kesal apabila penerbit berkenaan memilih mendiamkan diri seolah tidak mahu menepati janji memulangkan pita tersebut kepadanya.

Sarimah juga percaya pita itu masih berada dalam simpanannya dan berharap ia dipulangkan dengan kadar segera.

“Dia pernah berjanji nak pulangkan semula tapi mengapa tidak ditepati dan mendiamkan diri?

“Itu hak saya, hasil titik peluh saya dan tolonglah pulangkan balik.

“Semua dosa dan kesalahannya saya sudah maafkan dunia akhirat. Cuma kembalikan hasil titik peluh saya,” ujarnya.

Pita asal filem itu sangat bermakna buat dirinya.

Bercakap mengenai filem-filem berkenaan, Sarimah mendedahkan dia pernah jatuh muflis hanya disebabkan mahu menghasilkan empat karya berkenaan.

Pelakon filem Tiga Abdul itu berharap Kementerian Komunikasi menerusi menterinya, Fahmi Fadzil dapat membantu membela nasibnya.

“Saya bukan mengejar bayaran, cuma macam dikatakan filem-filem itu adalah hasil titik peluh saya, wang saya sebagai penggiat seni.

“Disebabkan filem itu jugalah, saya pernah menanggung hutang dan jatuh muflis sebelum ini kerana menjadi penjamin bagi mendapatkan pinjaman bank untuk menghasilkannya,” katanya.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *