Hiburan

“Saat menakutkan apabila pintu ambulans ditutup” Sebulan bebas C0vid, Aishah mula buka cerita

PENGALAMAN dijangkiti C0vid-19 kira-kira sebulan lalu benar-benar menginsafkan dan meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi Aishah.

Kata Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, dia masih teringat detik menakutkan semasa dibawa menaiki ambulans kerana terbayangkan mungkin itu pertemuan terakhirnya dengan keluarga.

“Hari ini cukup sebulan sudah sejak saya disahkan positif C0vid-19. Sebulan lalu, selepas 10 hari demam mula merasakan pernafasan semakin susah. Allah SWT saja yang tahu perasaan saya ketika itu.

“Saya masih ingat ingat detik pintu ambulans ditutup dan wajah anak-anak saya semakin jauh bila ambulans bergerak.

“Ketika itu saya cukup takut dan tertanya-tanya sama ada inikah kali terakhir saya akan menatap wajah kesayangan ini,” katanya menerusi laman Instagram pada Khamis.

Aishah dimasukkan ke hospital selama dua minggu.

Penyanyi lagu Janji Manismu disahkan positif C0vid-19 pada 31 Ogos lalu selepas menjalani ujian calitan di sebuah pusat perubatan swasta.

Dia dikejarkan ke Hospital Ampang, Selangor dan menerima rawatan selama dua minggu berikutan paras oksigen merosot.

Sementara itu, Aishah berkata C0vid-19 bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tubuh, malah turut mengganggu emosi dan mental pesakit.

Ia bukan sekadar demam selsema biasa, ia penyakit yang memisahkan kita dari orang yang kita kasihi!

Ini kerana mereka yang dijangkiti perlu kuat melawan virus itu sendirian tanpa sokongan keluarga terdekat.

“Ia bukan sekadar demam selsema biasa, ia penyakit yang memisahkan kita dari orang yang kita kasihi… apabila terkapar di atas katil hospital baru kita sedar bahawa kita menghadapi bukan saja penyakit yang ganas tetapi menghadapinya berseorangan.

“Bagi saya itu yang paling parah, tangan saya ni dah lebam biru dicucuk untuk dapatkan darah dan masukkan antibiotik… itu saya boleh pasrah tapi paling mengerikan berhadapan dengan penyakit ini berseorangan dirawat oleh total stranger (orang tidak dikenali),” ujarnya.

Dalam pada itu, Aishah turut menasihati mereka yang sedang berdepan jangkitan 0vid-19 supaya berwaspada dengan keadaan kesihatan tubuh dan segera ke hospital jika keadaan semakin merosot.

“Yang paling penting jangan lambat ke hospital sekiranya oksigen level anda turun melepasi 94 peratus.

Sumber : satkobaviraI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

“Ini sangat kritikal yang akan menentukan keupayaan melawan virus ini. Terima kasih di atas doa dan sokongan moral selama ini. Jaga diri semua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *