“Rupanya murung sebab terikat dengan..” dia asik suruh I balik rumah mak katanya nak fokus

Sebelum ini, tular tentang pendedahan daripada seorang pempengaruh, Hajar Hanif tentang suaminya yang kantoi kaki perempuan serta kerap ke kelab malam tanpa pengetahuannya.

Lebih mengejutkan, dia dikatakan sudah jatuh talak sejak beberapa tahun lalu dan kini sedang menunggu keputusan mahkamah.

Menerusi Instagram, Hajar masih berkongsi dengan pengikutnya setiap hari tentang perkembangan diri dan kisahnya itu.

Terbaru, ibu kepada dua cahaya mata tersebut menceritakan taktik digunakan suaminya, Mikhail Isaaq untuk memperdayanya agar tidak berada di rumah.

Kata Hajar, sebelum kejadian kantoi itu Mikhail sering mengadu tidak sihat dan berasa ‘murung’ sehingga dia risaukan keadaan suaminya itu.

Rupanya murung sebab ‘terikat’ dengan I so susah nak berfoya-foya selalu. Dia asyik suruh I balik rumah mak sebab katanya nak fokus kerja bertukang.

Hajar

Hajar turut mengaku dirinya begitu naif kerana selama ini sangat mempercayai kata-kata suaminya itu.

Hajar

Dalam pada itu, Hajar berkata dia kini sedang menunggu keputusan mahkamah tentang status rumah tangga mereka.

Namun tegasnya meskipun jika ada peluang untuk bersama seandainya mereka hanya talak 1, dia enggan berbalik kepada Mikhail.

I  taknak. I don’t share! Celup sana sini eewwwww.

Komen 

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *