Reaksi DJ Lin Bos Suria FM lepas ramai netzen kecm dia Isu Tyzo supaya ramai yang faham

“Jalinan Kerjasama Bersama Tyzo Satu Tempoh Yang Baik” – DJ Lin

Suria FM dengan ini mengumumkan bahawa khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, sebagai penyampai Suria berakhir pada 12 Januari 2024

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), keputusan yang dibuat merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.

Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.

“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau,

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar, Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyza akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin

DJ Lin turut berharap semua pencinta radia dan pendengar setia Suria terus menyokong Suria FM

Sumber : mediahiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *