Semasa

“PKPB di Kebanyakan Negeri-Negeri ini Mungkin tTamat Lebih Awal…” -Ismail Sabri

Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 di Malaysia masih merekodkan empat angka dengan 1,103 kes sehingga jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 48,520 kes dengan kadar kebolehjangkitan sebanyak 12,601 kes.

Menurutnya, negeri di Lembah Klang mencatatkan 544 kes positif hari ini dengan 484 kes (89.0 peratus) adalah daripada kluster sedia ada.

“Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 385 kes.

“Sabah pula mencatatkan sebanyak 288 kes daripada keseluruhan kes positif dan penurunan kes positif.

Ini menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang sudah dijalankan secara agresif sejak berlaku peningkatan kes,”

Katanya dalam sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, jumlah kes pulih sebanyak 821 kes hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 35,606 kes.

Katanya, sebanyak empat kematian dicatatkan hari ini membabitkan masing-masing dua lelaki dan wanita berusia antara 46 hingga 73 tahun.

Noor Hisham berkata, mereka yang meninggal dunia mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, paru-paru dan strok.

“Pesakit meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan Hospital Tawau,” katanya.

Lebih 500,000 ujian saringan Covid-19 di Sabah

Sebanyak 542,523 ujian saringan Covid-19 dibuat di Sabah sejak 1 Februari lalu dengan 23,095 kes positif dikesan di seluruh negeri sehingga semalam.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) di Sabah pula ialah 1.03 berbanding kurang 1.0 bagi seluruh negara.

“Maksudnya seorang kes positif boleh menjangkiti seorang lagi individu lain atau kontak rapat,”

Katanya ketika menjawab soalan Calvin Chong Ket Kiun (Warisan-Elopura) mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah, hari ini.

Hajiji berkata, bagi bilangan sampel dalam makmal, sebanyak 3,755 sampel masih dalam proses ujian setakat semalam.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil langkah perlu untuk mengurangkan bilangan sampel dalam makmal.

“Sampel diproses di tiga makmal iaitu Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, Makmal Universiti Malaysia Sabah dan Makmal Hospital Queen Elizabeth (HQE) dengan kapasiti 2,700 sampel sehari dan ‘outsourcing’ ke makmal swasta di Sabah,” katanya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, kerajaan belum berhasrat membina sebuah hospital tambahan bagi menampung pesakit Covid-19.

“Pada masa ini, ada 11 hospital kerajaan menjadi hospital rawatan Covid-19 untuk merawat kes tahap tiga hingga lima.

“Hospital terbabit ialah HQE, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Hospital Tawau

Hospital Lahad Datu, Hospital Keningau, Hospital Kota Marudu, Hospital Kudat, Hospital Semporna, Hospital Queen Elizabeth II dan Hospital Tambunan.

“Bagi menangani kes Covid-19 tahap satu dan dua, sebanyak 35 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid dibuka,” katanya.

Menurutnya, Hospital Medan di Tawau yang dibina dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia turut membantu memenuhi keperluan rawatan pesakit di negeri ini.

“PKPB di kebanyakan negeri mungkin tamat lebih awal…” -Ismail Sabri

Melihat daripada keadaan semasa pandemik Covid-19, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan.

Ini bahawa berkemungkinan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung di kebanyakkan negeri di Malaysia akan ditamatkan lebih awal.

Hal ini kerana tidak semua negeri menunjukkan pertambahan kes seperti sebelum ini.

Dan hanya beberapa buah negeri sahaja yang masih mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut akan dilakukan jika penilaian risiko jangkitan Covid-19 berkurangan di kebanyakkan negeri.

Perkara  tersebut disampaikan ketika sidang media harian perkembangan (bukan Kesihatan) Covid-19 di Malaysia jam 4.00 petang tadi.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) diseluruh Malaysia bermula 7 November

Sehingga 6 Disember 2020 kecuali Kelantan,Pahang dan Perlis susulan kadar jangkitan rendah di negeri tersebut.

Sumber: BernamaHarian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *