Semasa

“Permohonan l-Citra Rm5000” Akan Diawalkan Ke Tarikh Ini Dan Ini Caranya Untuk Memohon

Permohonan bagi pengeluaran i-Citra mula dibuka esok, tiga hari lebih awal dari tarikh ditetapkan. Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

“Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit. i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai Ogos nanti. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli. Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, pencarum boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-89224848.

Bantuan Rm100 Barang Dapur Selama 3 Bulan” 

Kuala Lumpur: Seramai 300,000 isi rumah golongan m.iskin bandar akan diberikan b.antuan barangan dapur secara tanpa tunai melalui MyKad menerusi Program PRIHATIN Kasih membabitkan peruntukan RM 100 j.uta.

Menerusi p.rogram itu, b.antuan RM 100 diberikan secara bulanan selama tiga bulan dan boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan, memaklumkan projek perintis p.rogram b.antuan itu sudah dimulakan 1 Julai lalu kepada golongan mi.skin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan P.erintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“PRIHATIN Kasih dengan peruntukan RM 100 j.uta ini diumumkan sebagai salah satu pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi memb.antu k.os sara hidup golongan m.iskin bandar.

“P.rogram b.antuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui penggunaan MyKad. Pemilihan penerima bantuan dilakukan dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Keb.ajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data B.antuan Prihatin Rakyat (BPR),” kata kenyataan itu.

P.rogram PRIHATIN Kasih membabitkan lebih 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.

Fasa Pertama yang sudah dilaksanakan pada 1 Julai lalu di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan maklum balas positif daripada penerima.

Fasa selanjutnya akan dilancarkan di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu pada Ogos ini, sebelum dikembangkan keNegeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak pada September dan Oktober depan.

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima mesej SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Tengku Zafrul Umum Prihatin Kasih


Terdahulu Kementerian Kewangan sedang perincikan bantuan lain – Tengku Zafrul.

Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan lain-lain bentuk bantuan yang akan disalurkan kelak sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan baki RM100 bilion daripada pakej rangsangan ekonomi serta RM200 bilion dari Belanjawan 2021 yang masih belum dibelanjakan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan semasa PPN masih dalam proses perincian dan kajian yang lebih lanjut mengenai langkah seterusnya yang boleh diperkenalkan untuk membantu kelangsungan rakyat dan perniagaan dalam mendepani cabaran sepanjang bulan yang akan datang.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, bantuan sedia ada akan disalurkan secara berterusan termasuklah pakej Program Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) yang diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat semasa Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Tidak terpisah, saling melengkapi dan semuanya dijalankan berterusan; inilah inti pati bantuan yang telah dilaksanakan, dan yang sedang dirancang di bawah PPN.

“PPN akan dijalankan secara berfasa dengan nilai ambang atau petunjuk utama yang perlu dicapai sebelum beralih dari satu fasa ke fasa yang seterusnya. Ini bermakna, sekiranya nilai ambang yang ditetapkan tidak dicapai, negara tidak akan bergerak ke fasa berikutnya di dalam PPN,” katanya dalam Laporan LAKSANA ke-58.

PPN diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun 2021, dengan petunjuk utama dipantau ialah bilangan kes jangkitan harian; keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU dan tahap populasi yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga melindungi individu yang hilang pekerjaan daripada semua golongan dan juga mereka yang terjejas di dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Fasa 1, 2 dan 3.

Beliau menjelaskan, sebagai satu bentuk perlindungan daripada masalah kewangan dan aliran tunai, mereka boleh mendapatkan moratorium pinjaman automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Kementerian Kewangan telah menekankan kepada sektor perbankan supaya mempermudahkan pelaksanaan bantuan moratorium dan

pengurangan ansuran pinjaman kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau pun pengurangan pendapatan,” katanya.

Sumber : bh / hm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *