Hiburan

Perkongsian Ber4ni Pengalaman Sedut Lemak, Netzen Ngri Lihat Lemak Zariina Anj0ulie!

Kalau zaman dahulu mungkin untuk turunkan berat badan atau buang lemak dalam badan adalah dengan satu cara sahaja, iaitu bersenam dan amalkan pemakanan seimbang.

Bagaimanapun, kini dengan teknologi yang canggih dan selamat, nak buang lemak pun jadi mudah.

Walaupun nampak bahaya, prosedur sedut lemak (Liposuction) seharusnya dilakukan oleh pakar bertauliah di pusat kesihatan yang diiktiraf.

Memang ada bahayanya hingga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi dan mengancam nyawa, jika dikendalikan bukan pakar atau klinik berdaftar.

Sebab itu perlu cari pakar yang bertauliah untuk dapatkan prosedur sedut lemak. Ramai juga dalam kalangan artis yang melakukan prosedur ini,

dan baru-baru ini Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, membuat perkongsian berani mengenai prosedur tersebut yang dilaluinya.

Dalam video yang dikongsikannya itu di laman Instagram, Anju menunjukkan prosedur sedut lemak yang dilaluinya itu. Selesai prosedur, Anju menyatakan ianya tidak sakit kerana sewaktu prosedur Anju telah ditidurkan seketika.

Tambah Anju lagi, dia berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya itu daripada prosedur tersebut. 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya berasa ngeri melihat gambar lemak Anju yang telah disedut keluar itu. Ada juga yang bertanya tentang harga prosedur sedut lemak itu. Mungkin berminat untuk melakukannya.

Apa-apa pun, kalau ada yang berniat untuk melakukan Liposuction, carilah pakar yang bertauliah. Biar mahal sedikit asalkan anda juga selamat.

VIDEO KLIK LINK DISINI

Sumber: Koolfm / Printliric

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *