Semasa

Penyerang JDT Syafiq Ahmad Kem4langan, Anak Dalam Pantang Mavt Isteri Parah

BAYI lelaki berusia 22 hari anak kepada penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, Nibong Tebal awal pagi tadi.

Turut maut dalam kejadian itu seorang wanita warga tempatan Zainab Wahab berusia 45 tahun dan seorang lagi warga Indonesia Titik Sukamti, 30 an yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire.

 

Dalam kemalangan itu, Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya berusia dua tahun, Aaira Nur Saffiyya dilaporkan cedera ringan, manakala isterinya Nur Amelina Nur Ain, 25 dilaporkan parah.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5 36 pagi tadi, dan tiba di lokasi kejadian tidak sampai 10 minit kemudian.

Syafiq Ahmad terlibat kemalangan, anak maut - Kosmo Digital

Katanya sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Ada enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurutnya lagi, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada sekitar jam 6.10 pagi.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada 14 November lalu Syafiq dilaporkan menyambut kelahiran anak kedua seorang bayi lelaki yang selamat dilahirkan secara normal pada jam 2.05 petang di Hospital Pakar KPJ Puteri di Johor Bahru.

Kehadiran bayi seberat 2.74 kilogram itu selepas kelahiran anak sulung perempuannya yang berusia 2 tahun 3 bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *