Semasa

Patutnya Nikah Harini, Pengantin Lelaki yang Lemas Masih Tak Dijumpai. Ini Luahan Dari Penganting Perempuan

Marang: Bakal pengantin lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kelulut, di sini, petang semalam.

Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras, Kuala Lumpur datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, hari ini.

Pasangan itu dijadualkan bernikah di kediaman Fatin Nabilah Huda di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, pada 10 pagi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dikatakan mandi sebelum ditarik ombak pada 6.40 petang.

 

Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, dia yang sedang memasang khemah untuk majlis berkenaan dimaklumkan oleh anaknya mengenai kejadian menimpa tunangnya.

“Kami bergegas ke tempat kejadian selepas solat Maghrib dan berjumpa dengan ahli keluarga besan.

“Kita reda dengan apa yang berlaku dan berharap mangsa segera ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ismail berkata, pasangan itu bertunang bulan lalu selepas berkawan selama beberapa tahun.

“Mereka sampai di sini semalam dan segala persiapan sudah dibuat,” katanya.

 

AHLI keluarga kepada bakal pengantin perempuan turut berada di lokasi kejadian pengantin lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini difokuskan di kawasan pesisir pantai dengan pencarian merangkumi jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Beliau berkata, keadaan laut bergelora dan ombak kuat menyebabkan selain keadaan cuaca yang gelap menyebabkan operasi dibuat pesisir pantai.

Katanya, operasi akan disambung pada 7 pagi hari ini.

Sumber – hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *