“Patutlah macam macam bncana berlaku dekat Malaysia tu! ‘HOt D4ddy’, anggap memalukan lslam – Sajat

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian netizen setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi di aplikasi X.

Dalam entri tersebut, Sajat menyelar tindakan golongan heteroseksual yang terlibat dalam video lucah ‘Hot Daddy’ kerana disifatkan sebagai memalukan Islam.

Kalau aku jijik, jijik lagi yang straight bagai. Kalau pondan berani, berani lagi yang straight buat bukan-bukan, MEMALUKAN ISLAM!” getusnya.

Dalam pada itu, Sajat juga seolah-olah menyalahkan golongan heteroseksual berkaitan bencana alam yang berlaku di Malaysia.

“Patutlah macam-macam bencana berlaku dekat Malaysia tu! Laknatullah! Putar balik ayat yang dulu bagi dekat aku, sekarang korang makan balik dan hadap ayat tu,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan balas posting berkenaan, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sajat, serta beranggapan bahawa bencana yang berlaku tiada kaitan dengan seksualiti seseorang individu.

Sekadar info, isu ‘Hot Daddy’ atau nama sebenarnya Ikhwan Arif baru-baru ini tular di Malaysia kerana didakwa merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X.

Ikhwan dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *