Hiburan

Pak Azad Ajuk Cara Anuar Zain Menyanyi Bikin Terhibur, “Bru Tgk Muke Dah Gelak”

Azad Jasmin adalah seorang pelakon dan sering kali membuatkan warganet terhibur dengan gelagatnya. Lebih mesra disapa dengan nama Pak Azad, selebriti ini juga turut terkenal dengan perangai ‘gil4-gil4nya’.

Malah figura ini juga sering berkongsikan video dengan telatah lawaknya itu di sosial media. Baru-baru ini isteri kepada Pak Azad, Eira Syazira memuat naik satu video gelagat suaminya yang tak kering gusi melihatkannya.

Dalam rakaman itu kelihatan Pak Azad ajuk cara Anuar Zain menyanyi dengan gayanya tersendiri. Umum sedia tahu cara Anuar Zain menyanyi cukup unik dan hanya dia sahaja yang boleh membawa lagu seperti itu.

Malah apa yang lebih mencvri perhatian ramai dalam rakaman yang dimuat naik di Instagram itu adalah gaya rambut Pak Azad. Lain macam betul gayanya itu! Berikut adalah perkongsian rakaman telatah Pak Azad tersebut:

Ada-ada sahajalah idea Pak Azad ini! Perkongsian rakaman Pak Azad ajuk cara Anuar Zain menyanyi ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:

Klik untuk link videonya..

“Buat hal sokmo. Terhibur selalu la akak dengan abang azad”

Pak Azad jadi Anuar Zain 2

“Kami yang dekat Sungai Petani ni dengaq tadi hujan teruih”

Pak Azad jadi Anuar Zain 3

“Kalau tak tengok orang ni, memang sama la suara dengan Anuar Zain hahaha”

Pak Azad jadi Anuar Zain 1

Sumber : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *