Hiburan

“Orang mcm kau ni la yg membuat org luar sana t4kut dgn Islam!” – Michael Ang

Obses peminat dengan idola mereka kadang-kadang sampai lupa sensitiviti seseorang itu demi nak memuaskan hati sampai lupa kutukan yang dilemparkan itu boleh mencetuskan kekecohan.

Hanya kerana menyuarakan pendapatnya, status agama Michael Ang dijadikan bahan kutvkan netizen gara-gara tak puas hati komennya pasal Noraniza Idris ketika membuat persembahan di Konsert Gegar Vaganza minggu lepas.

Lu masuk Islam sebab mahu raih simpati peminat

Michael Ang ada menyuarakan komennya terhadap persembahan Noraniza Idris di Twitter beberapa hari lepas, baginya prestasi penyanyi lagu Dikir Puteri yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ani itu patut tersingkir dan tak sepatutnya mara ke pusingan final.

Umumnya, Michael Ang ini kita kenal sebagai seorang yang begitu lantang dalam menyuarakan pendapatnya. Rasanya pasti ramai kenal dengan sikap ‘cakap lepas’ Michael Ang ni dan krit1kan yang diberikan itu pun tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Kritikan itu telah mendatangkan rasa bengng peminat sehingga mendapat perhatian Michael Ang sendiri.

Dalam perkongsian menerusi Instagram Michael Ang, ada seorang netizen yang menyebelahi Kak Ani mengutvk dirinya dan menuduh bahawa Michael Ang peluk islam semata-mata nak raih populariti.

Individu tersebut siap nak ajak bersemuka dengan Michael Ang lagi, selepas habis final Gegar Vaganza nanti.

Namun bagi Michael Ang, dia tidak begitu ambil pusing mengenai krit1kan drama-drama terbitannya, tapi hin4an yang berbaur fitnah pasal niatnya menukar agama itu agak keterlaluan.

Orang yang beragama Islam macam kau ni la yang membuat orang luar sana t4kut dengan Islam! – Michael Ang

Walaubagaimanapun, Michael telah memaafkan individu tersebut. Selain itu, Noraniza Idris juga tahu mengenai kritikan Michael Ang terhadapnya dan ingin bersemuka dengan Michael Ang kerana tersinggung dengan kritikan tersebut. Lapor mStar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : lm / DDP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *