Semasa

ok dah tau PUNCA SBENAR exc1dent tu,korang jagala jd kan pengajaran

NIBONG TEBAL: Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata penyerang Johor Darul Tak’zim (JDT) berkenaan dipercayai tertidur dan menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.

“Disebabkan gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan terseret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.

“Ekoran itu menyebabkan tiga penumpang terdiri dari bayi lelaki, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia maut di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Chong Chern berkata, isteri kepada Muhammad Syafiq mengalami kecederaan patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang paha kiri.

“Anak sulung mereka juga dipercayai mengalami pendarahan dalam otak. Ibu dan anak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

“Muhammad Syafiq pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq yang memandu MPV berkenaan dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25 yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut berada dalam kenderaan terbabit ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anak pemain bola sepak itu, iaitu Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan Aaira Nur Saffiyya, 2 serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

Kemalangan itu mengorbankan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah pemain bola sepak terbabit.Jenazah Zainab dan Muhammad Aisy Saqeef dikebumikan di Kampung Bukit Murai,

Padang Pusing, Pendang. Jenazah pembantu rumah itu pula sudah dituntut Pegawai dari Konsulat Indonesia Cawangan Pulau Pinang.

Sumber : apeceritatv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *