Hiburan

Nia Ramadhani Beritahu Dia Tak Pandai Potong Buah, SekaIi Lain PuIa yg Netzen Nampak

Sejak kebelakangan ini sahaja sahaja kisah kelakar mengenai pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani yang menjadi bualan hangat netizen.

Selepas berjaya memecahkan telur, Nia akui baru tahu sayur perlu disimpan di dalam peti ais.

Baru-baru ini, Nia mengakui dia sukar untuk bangun pada waktu pagi.

Menurut Nia, dia memang mempunyai masalah untuk bangun pagi sejak dahulu lagi walaupun selepas berkahwin.

Meskipun dia menyedari bahawa ia merupakan satu tabiat buruk.

Namun sikapnya langsung tidak menjadi masalah buat ibu dan bapa mertuanya yang menerima dirinya seadanya.

“Ayah dan ibu Ardi menerima diri aku seadanya.

Mungkin sebab mereka sudah melihat tabiat susah bangun pagi aku ini sukar untuk diubah, jadi mereka menerimanya dengan berlapang dada,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, Nia mendedahkan bahawa mertuanya juga tahu bahawa dirinya tidak pandai mengupas kulit buah-buahan.

Justeru itu, mereka tidak menyuruh Nia untuk mengupas buah menggunakan pisau kerana risau jari pelakon itu akan tercedera.

Nia Ramadhani Dipuji Suami Sebab Berjaya Pecahkan Telur

Kehidupannya serba mewah dan glamor, sejak kebelakangan ini nama Nia menjadi perhatian ramai kerana tidak pandai melakukan kerja rumah.

Malah, sebelum ini tular apabila Nia mengaku tidak pandai melakukan tugas-tugas mudah termasuk membasuh pinggan.

Nia berkata meskipun sudah berkahwin, dia langsung tidak membuat kerja rumah kerana sejak kecil lagi dia dibesarkan seperti seorang puteri.

Bagaimanapun, baru-baru ini video viral mengenai Nia ternyata membuatkan netizen rasa geram.

Video tular itu memaparkan Nia dipuji melambung oleh suaminya kerana berjaya pecahkan telur di dalam mangkuk.

Terdahulu, Nia menolak untuk mengupas buah salak sebab dia kata tak pernah mengupas buah tersebut sebelum ini.

Difahamkan, Nia telah dicabar suaminya untuk memecahkan telur. Berjaya memecahkan telur, suaminya akui bangga dengan pencapaian isterinya.

Meskipun ramai yang mengecam, namun rata-rata peminatnya turut berbangga dan terhibur dengan telatah Nia.

Kata netizen lagi, meskipun perkara itu mudah bagi kebanyakan orang tetapi ianya sukar buat Nia.

Nia Ramadhani Baru Tahu Sayur Perlu Disimpan Dalam Peti Ais

Nampaknya selepas berjaya memecahkan telur, kisah pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menjadi bualan hangat netizen.

Ini apabila dia mengakui tidak mengetahui bahawa sayur-sayuran boleh disimpan di dalam peti ais.

Memetik laporan Liputan6, Nia mengatakan dia berasa hairan apabila pembantu rumah memintanya mengalihkan sayur yang baru dibeli ke dalam peti ais.

“Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan biarkan begitu sahaja?,” tanya Nia.

“Ini untuk sayur, layu kalau dibiarkan begitu sahaja,” jawab pembantunya.

Dalam pada itu, menerusi video di laman YouTube Nyonya Bos, pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih ini menunjukkan rumah mewah yang baru disewa olehnya itu.

Bagaimanapun, Nia berkata rumah tersebut bukan untuk diduduki oleh mereka sekeluarga tetapi untuk menempatkan seekor anjing peliharaan yang diberi nama Maximus Bakrie.

Difahamkan, rumah banglo tiga tingkat itu disewa dengan nilai 460 juta Rupiah atau RM129,000 bagi tempoh enam bulan.

Terbaru, Nia Ramadhani Tidak Pandai Potong Buah

Menerusi satu temu bual bersama YouTuber Ayu Dewi, pelakon itu mengakui agak t4kut ketika kali pertama diminta untuk menyediakan air kopi buat mentuanya.

Bukan itu sahaja, Nia juga akui tidak tahu sebarang asas memotong buah mahupun memasak.

Ujarnya, setiap kali ahli keluarga memasak di dapur, dia hanya mampu menimani sahaja.

Katanya, meskipun dia tidak tahu masak ataupun melakukan kerja-kerja rumah namun ia tidak menjadi masalah buat ibu bapa mentuanya yang menerima dirinya seadanya.

Tapi Lain yg Netizen Nampak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *