“Ni kira buka aib diri sendiri ke macam mana…?” Zul Yahya teruk diskolahkan ramai

Pelakon Zul Yahya baru-baru ini menjadi sasaran kritikan hebat netizen kerana kenyataannya yang mengkritik bangsa Melayu di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Zul Yahya dilihat menggunakan label negatif terhadap bangsa Melayu, menggambarkan mereka sebagai banyak merogol anak sendiri, menipu bangsa sendiri, mempunyai hasad dengki, dan suka berpecah belah.

Katanya lagi, Zul Yahya menyatakan bahawa bangsa Melayu tidak boleh ditegur kerana mereka merasakan bangsa mereka adalah yang terpaling hebat dan gah.

Namun, perkongsian berkenaan mendapat respon yang kebanyakannya negatif daripada netizen.

Warga maya dilihat meminta pelakon itu untuk menyemak semula status bangsanya dan menegur seolah-olah membuka aib sendiri.

“Kenapa tu abang? Sebut pasal diri sendiri ke? Memang nampak semua tu ada dekat abang, ini kira buka aib sendiri ke macam mana?…” – Netizen

Netizen juga menyatakan bahawa tidak seharusnya satu bangsa dipersalahkan kerana sikap buruk yang ditonjolkan oleh individu, kerana itu bergantung kepada individu tersebut dan tidak melambangkan bangsa atau agama secara keseluruhan.

Lihat Posting di bawah:
IMG 4400

Sumber : sinetronmalaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *