Hiburan

Netzan Kec0h Pasal Jirus Air Cium Kaki Lelaki pengarah Rashid Sibir mula bersuara

Kuala Lumpur: “Pada saya warganet yang komen negatif sebenarnya adalah mereka yang b0doh,” kata pengarah Rashid Sibir mengulas isu babak telefilem arahannya yang kini tular.

Telefilem berjudul Ayat Dari Langit yang disiarkan menerusi Astro Citra semalam menjadi bualan hangat warganet apabila babak lakonan Ellie Suriaty menjirus air, lalu mencium kaki suaminya.

Mengulas perkara ini, Rashid berkata, semua pihak perlu melihat pada karakter watak Zaharah dan bukan peribadinya sebagai Ellie.

“Dia bukan Ellie, apabila membawa watak berkenaan. Dia antara pelakon, yang pada saya sanggup melakukan apa saja demi karakter. Dia bagus dan apa yang ditunjukkan itu memang patut.

“Ia untuk tunjukkan kesayangan, kecintaan dan kesetiannya kepada suami Ustaz Muiz. Kalau suaminya kata mati masuk syurga, dia buatlah kerana dia pun nak masuk syurga.

“Jadi jangan pertikaikan Ellie. Warganet harus bersikap minda terbuka apabila menonton cerita begini,” katanya kepada Harian Metro.

Pengarah berpengalaman ini melahirkan perasaan kecewa dengan sikap warganet yang hanya tahu mengutuk berbanding memberi pujian.

“Kalau kita buat cerita cinta orang asyik kutuk. Apabila kita buat cerita agama dan ajaran sesat, dikutuk juga. Kau nak apa sebenarnya warganet?

“Penggiat seni cuba nak bagi segala benda merangkumi cerita sedih, komedi, cinta dan sebagainya.

“Tapi kalau semua cerita yang dibuat kau gelakkan, apa yang mereka nak sebenarnya? Namun, kecaman itu tandanya warganet menonton drama ini,” katanya.

Rashid mengesahkan dia sememangnya menyuruh Ellie membuat babak sebegitu.

“Tapi saya nak terangkan dulu, kenapa dia kena berbuat demikian. Zaharah adalah seorang isteri yang betul-betul taat dengan suaminya dan percaya dengan ajaran suaminya.

“Malah dia sanggup mati untuk suaminya. Perbuatan itu dilakukan sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang dan menghormati suami. Itu sahaja dan tiada benda-benda lain yang dikaitkan.

“Masa saya suruh buat, dia (Ellie) ingat saya main-main. Lepas itu dia buat betul-betul dalam bentuk yang paling menarik dengan cara pegang kaki suaminya itu,” katanya.

Menurut Rashid, drama berkenaan juga berkisarkan mengenai ajaran sesat dan ada rasionalnya babak berkenaan dibuat.

“Ustaz Muiz mengajar ajaran sesat dan Zaharah antara, pengikutnya. Isterinya hanya seorang, tapi Ustaz Muiz bebas meniduri perempuan lain di situ.

“Zina adalah halal baginya. Itu yang saya nak tunjukkan, serta taatnya seorang isteri kepada suami. Bagi saya, lakonan Ellie sangat memberi impak maksima dan tak ramai pelakon sepertinya,” katanya.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Netizen tegur utk kebaikan tak nak bagi Allah murka sbb bini orang cium kaki laki orang..Menjiwai watak ok tapi jagalah batas² yang sepatutnya. Lepasni ko tnjuk pulak adegan macammana si do dan minah ni kahwin boleh dapat anak kononnya nak menjiwai watak.. Ok tak..

“Boleh je nk buat scene cium kaki tu. Tpi apa kata kaki tu tukar kpd kaki laki dia, baru laa halal dicium. Laki dia kira berlakon jgk laa walaupun watak kaki je. Lepas dh cium tu tukar laa balik, apa susah. Benda mudah buat susah pulak. Bukannya org tahu pun tu kaki sape2 sekalipun. Mungkin kalau beza pun wrna kulit je laa kot pstu ada bulu2 halus sikit. Tpi tu small matter je, bisa diedit kok”

Terdahulu Aksi pelakon prolifik Ellie Suriaty menjirus air dan mencium kaki seorang lelaki menjadi bualan ramai di media sosial.

Babak berani yang dilakonkan Ellie dalam telefilem terbaharu berjudul Ayat Dari Langit itu antara lainnya turut menjadi perdebatan ramai.

Malah, tidak kurang juga yang memuji kehebatan lakonan Ellie yang sanggup melakukan apa sahaja watak dan babak yang diberikan.

Selain adegan mencium kaki itu, dialog yang menghalalkan zina antara Ellie dan Puteri Sarah Liyana turut meraih perhatian netizen.

Beberapa adegan menarik telefilem Ayat Dari Langit itu dikongsikan di akaun Instagram Bambam Studios sejak beberapa hari lalu.

Ayat Dari Langit mengisahkan kehidupan Ustaz Muiz dan isterinya yang mengajar ajaran sesat dan mahu pengikutnya mengikut telunjuk mereka.

Lama kelamaan membuatkan pengikutnya bernama Kamal mula rasa sangsi.

Ayat Dari Langit dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie, Ellie Suriaty, Puteri Sarah Liyana, Kodi Rasheed, Rahim Jailani, Ismail Yaakob dan ramai lagi.

Saksikan telefilem ‘Ayat Dari Langit’ arahan Rashid Sibir pada 17 April 2021, Sabtu jam 9 malam hanya di Astro Citra.

Dalam pada itu, babak tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari penonton

“Boleh je tukar kaki tu ke kaki patung, kreatiflah sikit. Masa ni la kesan2 khas boleh digunakan.. tunjukkn bakat mereka yg kreatit tu. Kalau dah guna kaki manusia, mmg sah2 la mengundang kecaman. Kena fhm juga byk benda2 yg x sesuai kalau dibuat akan menjadi isu..atau mmg sengaja di buat demi publisiti??? Dah 2021 dah kot. Rasanya penonton dah x kesah dah publisiti murahan mcm ni.. Cerita bagus, promosi cantik.. Ada je yg tgk.”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber; hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *