Hiburan

“Mohon Maaf Sekiranya Jue Ada Buat Salah Sama Ada Sngaja Atau Tidak” Jue Aziz Umum Khabar Duka

Pelakon Jue Aziz memaklumkan dia disahkan p0sitif Covd-19 dengan mempunyai gejaIa seperti batuk, demam dan sakit kepala.

Menurut Jue, 38, atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz dia turut mengalami selsema selain hilang deria rasa.

“Please doakan kesihatan Jue. Jue p0sitif Covd-19.

Simptom batuk, demam, sakit kepala, flu, hilang deria rasa. Nak makan dan kencing selalu rasa ngilu.

“Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat” tulisnya.

    

Rakan-Rakan Artis Turut Menzahirkan Kedukaan

            

Jue Aziz Mohon Maaf Pada Semua

Perkara tersebut dikongsikan Jue menerusi satu hantaran di laman Instagram, hari ini.

Pelakon filem Hantu Bonceng ini juga turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada semua andai ada khilafnya sebelum ini.

“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak. Harap dimaafkan.

Semoga Allah membalas jasa baik semua atas dia kalian, amin,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut berdoa pelakon filem Hantu Bonceng itu agar diberikan kesembuhan.

Kata ntizen baru semalam mereka lihat Jue masih sihat dan rancak membuat ‘live’ menjual jam tangan.

” Aduhh baru semalam dok rancak buat live jual jam, apa pun semoga cepat sembuh” tulis Izhar.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Sweet Qismina, Aprena Manrose dan Man Kidal juga pernah disahkan positif C0VlD-I9.

Fakta menarik Jue Aziz

Lahir pada 18 Februari 1983, Jue Aziz merupakan seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia. Beliau mulai dikenali melalui satu program realiti.

Jue menyertai program realiti itu secara tidak disengajakan ketika menemani kakak iparnya. Bagaimanapun beliau telah terpilih untuk menyertai program realiti dan seterusnya berjaya menjadi finalis.

Jue memiliki pengalaman berlakon teater sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan, berdasarkan dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan rapat ketika itu.

Terdahulu, kisah mengenai pelakon Jue Aziz yang berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari kelapan Ramadan lalu telah menarik perhatian ramai selepas sekian lama menyepi.

Menurut Jue, dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat kerana mahu menunaikan permintaan ibunya, Nor Asmah Mohd Nor sempena ulang tahun kelahiran yang ke-69, Ahad ini.

Meskipun teruja dapat memenuhi hasrat ibunya itu, Jue berkata masih ada satu lagi permintaan yang belum terlaksana iaitu mencari bakal suami.

” Kejutan ulang tahun kelahiran ibu… Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa (20 April).

” Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan… jodoh! Tahu mak risau… tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.

” Kita bercinta berdua jelah mak! Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramadan terakhir,” katanya.

Pelakon filem Hantu Bonceng ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam linangan air mata dan rasa sebak, Jue berkata dia kuatkan diri menyempurnakan amalan ibadah itu selepas melihat semangat ibunya.

” Bila kita tengok orang tua kita dalam keadaan begitu, tak larat lutut… sakit masih kejar agama, tak sihat pun masih semangat kuat, kenapa kita sihat tak buat amalan.

” Terima kasih sangat mak bagi semangat percaya orang boleh khatam. I love you so much. Berkat doa mak! Ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapa di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka.

” Doakan ya Mak Jue diberikan kesihatan, kuatkan semangatnya… selamat hari jadi mak!” ujarnya.

Untuk rekod, Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014. Bagaimanapun pada Januari 2019, Jue memaklumkan dia dan suami sudah bercerai.

Perkahwinan selama empat tahun setengah itu tidak dikurniakan cahaya mata dan hanya memiliki seorang anak angkat bernama Darwish Naufal, 7.

Sumber : naluri gadis / kosm0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *