PELAKON yang dulu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak iaitu Mia Sara sudah pun berusia 12 tahun.
Malah, menerusi sebuah foto di Instagram, kejelitaan pelakon yang turut memiliki rangkaian tudung jenama Mia Couture ini semakin terserlah dan dipuji netizen.
Ada juga netizen yang nakal cuba memberi ayat-ayat pick up line dan memikat pelakon drama Strawberi & Karipap ini.
Rata-rata netizen memuji penampilan dan gaya Mia kini lebih matang daripada usianya yang masih di peringkat sekolah rendah.
Awal kemunculan Mia sering mendapat watak sebagai anak kepada Lisa Surihani.
Antara komen yang ditinggalkan peminat di laman Instagram:
@hanimohd8561 bakal heroin… heroin sekarang yang mana dah tua, tolong jadi kakak atau emak, sebab ramai heroin muda sekarang ni.
@khai_1996 Mia Sara sangat cantik dan bergaya ?????? Mia saya minta nombor telefon Mia, boleh tak ?
@nurfaiqahhaifaa Wow miasara dah matanglah
Penampilan Mia Sara jadi perhatian netizan – Foto IG Mia Sara & Noerules Touch.
@irrzaaimmy nak nombor telefon boleh tak Mia?
@its.afifaaa Omg! serius tu Mia ke? sebab lawa sangat!
Mia mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2008 menerusi drama Adamaya disamping pelakon terkenal Lisa Surihani.
Dia pernah menjadi perhatian sebagai pelakon kanak-kanak paling comel dan membintangi beberapa filem seperti Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi dan Papa I Love You.
Disuruh Bukak Tudung
Pelakon Mia Sara Nasuha mengakui tersinggung apabila ada segelintir pihak yang menawarkan watak kepadanya dengan syarat dia membuka tudung.
Kata bintang remaja itu, disebabkan tawaran bersyarat sedemikian dia terpaksa menolak dengan cara baik.
Namun, pada masa sama Mia, 16, tidak menyangka masih ramai yang tidak tahu dia sudah pun bertudung sejak berumur 11 tahun lagi.
“Ya memang tawaran berlakon saya dah berkurang.
“Memandangkan saya sudah lama dalam industri mungkin ramai yang tahu yang saya sudah bertudung jadi hormatilah pendirian saya.
“Baru-baru ini ada yang tawarkan saya watak tetapi minta saya buka tudung.
Dia ni bukan muslim tetapi rakyat Malaysia, saya rasa tersinggung pihak terbabit bertanyakan soalan demikian pada saya.
“Ia seolah-olah minta orang tak pakai baju kalau nak diambil berlakon. Banyak situasi macam itu berlaku sejak saya mula bertudung lagi.
Sebab itulah saya banyak tolak tawaran dan sebab itu tak revealing macam sebelum,” katanya kepada Gempak.
Tambah Mia lagi, ketika dijemput menerusi program di TV Al-Hijrah, Mia mendedahkan bahawa perkara tersebut sudah beberapa kali berlaku sejak dia mula berhijab lagi.
Lebih mengejutkan, 90 peratus syarikat produksi Muslim memintanya untuk membuka tudung.
“Sejujurnya, selama dekat lima tahun saya bertudung, 90 peratus orang yang suruh saya buka tudung adalah Muslim.
“Masa itu saya tersinggung. Awak (produksi) Muslim dan awak tahu bukan tidak tahu. Tapi tetap suruh macam itu juga. Bagi saya ia sangat tidak menghormati,” katanya.
Mia berkata isu tersebut sudah lama dipendamnya dan dia perlu mempertahankan diri serta ramai lagi artis lain yang senasib dengannya.
“Saya rasa saya perlu pertahankan diri saya dan orang Islam yang lain. Sebab itu saya buat keputusan untuk bercakap tentang perkara ini.
Saya tahu ramai lagi artis lain yang kena tetapi masih tidak bersuara tentang benda ini,” katanya.
Terdahulu, gadis berusia 16 tahun itu berkata ramai yang menyangka dia sudah tidak aktif berlakon tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak banyak tawaran.
Tegasnya, dia lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung.
Tambah Mia, dia hilang keyakinan diri apabila sering diasak tawaran sedemikian sekiranya mahu kembali aktif di persada seni.
“Bila kurang berlakon, ramai yang ingat saya sudah berhenti berlakon dan fokus belajar.
“Tetapi bermula tahun lepas saya sudah berlakon semula. Sebab itulah saya cuba mendapatkan semula kehidupan lama saya.
“Kadang-kadang boleh hilang keyakinan saya apabila ada yang bertanyakan soalan sedemikian,” tambahnya.
Sebelum ini, kecoh apabila Mia menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon.
Menurut Mia Sara, dia akui sudah tidak tahan berhadapan dengan perkara-perkara yang menjengkelkan di dalam karier lakonannya.
“Kalau Mia berhenti berlakon masih ada yang minat Mia tak? Korang minat mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular korang masih minat ke?
“Saya penat dengan perkara-perkara menjengkelkan yang berlaku di dalam bidang lakonan ini dan saya rasa saya patut berhenti berlakon,” katanya.
Mia berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Mia lagi, mungkin dia merancang untuk aktif melakukan video di laman YouTube sahaja.
“Mungkin buat YouTube video sahaja selepas ini. Korang tolonglah beritahu apa yang korang rasa tentang keputusan saya hendak berhenti berlakon. Mia nak tahu pendapat korang,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat pelbagai respon daripada peminat dan pengikut IG miliknya yang rata-rata menyokong apa sahaja keputusan yang dilakukannya.
Mia mula berlakon ketika seawal usia tiga tahun dan telah popular menerusi drama Nur Kasih.
Mia ditemui pada majlis pelancaran De’Xandra Youth Live Launch di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam majlis berkenaan, Mia dilantik sebagai duta body mist keluaran terbaharu De’Xandra. Selain Mia, empat bintang remaja popular iaitu Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Kon Wen Wei turut dilantik sebagai duta.
“Saya gemar meneroka bidang baharu malah De’Xandra pun sudah merancang banyak projek bersama selepas ini termasuk muzik video dan sebagainya.
“Semoga kerjasama bersama De’Xandra ini dapat membuka mata ramai dan memberitahu kepada semua bahawa saya masih ada dalam industri,” katanya.
Sumber : budaksitu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih