Hiburan

Mengaku Tersilap Cara Besarkan Anak Gadisnya, Akhirnya Ini Tindakkan yg Dilakukan Azhar Sulaiman

Membesarkan anak dengan cara moden sehingga aksi dan penampilan anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona.

Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen, pelakon Azhar Sulaiman akui kesilapannya itu.

Namun, Azhar berkata sebagai ketua keluarga dia masih cuba berusaha untuk memperbetulkan apa yang patut dalam bimbingan dan didikannya.

Malah, dia turut menasihati anaknya serta kembali mendekatkan diri dengan Islam.

“Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ‘urban’ sejak dari awal lagi.

Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesilapan saya sendiri.

“Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kecam.

Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.

“Apa-apa pun marilah berharap agar mereka mengambil langkah yang selamat dalam apa jua yang mereka lakukan.

Insya-Allah mereka pasti sedar,” katanya kepada Gempak.

Anak Belum Matang

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai Leona yang dikecam gara-gara membuat video TikTok ketika berada di dalam kelas, Azhar mengakui bahawa anaknya itu belum matang.

“Saya rasa dia masih muda dan kadang-kadang belum matang untuk mengawal situasi yang dihadapinya.

Sepatutnya dia tidak perlu menjawab atau balas kembali teguran dari netizen itu,” katanya lagi.

Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin.

Dan mereka dikurniakan sepasang kembar Leona dan Andika Rees Pahamin serta Kasih Leia Ixora yang berusia 21 tahun.

Lama Berdiam, Leona Akhirnya Bersuara

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dikecam gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.

Malah nama Leona terus trending di Twitter semalam selepas mendapat teguran selepas kerap beraksi di TikTok.

Ciapan yang ditulis seorang pengguna Twitter mendapat perhatian ramai sekaligus dikongsi lebih daripada 4,000 dan tidak kurang yang meninggalkan komen.

“Anak Azhar Sulaiman doing TikTok all the time, everywhere, even in a class…and I be like – girl can you just be normal one?

(Anak Azhar Sulaiman buat TikTok setiap masa, di mana jua, malah di dalam kelas juga…dan saya seperti – adik, boleh tak jadi orang normal?)” tulisnya.

Pun begitu, Leona tidak berdiam diri malah tampi memberi penjelasan.

“Semua TikTok yang anda lihat itu, dilakukan ketika masa lapang, tidak pun ia sebelum atau selepas pengajian.

Kenapa saya nak buat TikTok jika ia buat rakan kelas dan guru tidak selesa .

Walaupun mereka tidak kisah malah biasanya akan menyertai bersama,” jelasnya.

Pun begitu, Leona tidak berdiam diri malah tampi memberi penjelasan.

“Semua TikTok yang anda lihat itu, dilakukan ketika masa lapang, tidak pun ia sebelum atau selepas pengajian.

Kenapa saya nak buat TikTok jika ia buat rakan kelas dan guru tidak selesa .

Walaupun mereka tidak kisah malah biasanya akan menyertai bersama,” jelasnya.

SUMBER : TrendingKinipw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *