Semasa

“Memang Masyarakat Yang Prihatin” Rupanya Bukan CaIang-CaIang Orang Yang Mulakan Kempen Bendera Putih Ini

Sejak 4 hari lalu wajah figura ini sinonim dengan bendera putih dengan #benderaputih memenuhi ruang media sosial.

Manakala di Twitter sahaja, lebih 40,000 kemaskini ditemui dengan’hashtag’ #benderaputih.

Lebih manis kejayaan mesej ini capat matlamat apabila beberapa buah keluarga telah menerima bantuan.

Menerusi carian, mendapati kempen ini dimulakan oleh pengguna facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan yang juga seorang aktivis masyarakat dalam misi bantuan kemanusiaan.

Bukan calang-calang rupanya individu ini yang mencetuskan idea ini yang membuatkan seluruh masyarakat mula menghulurkan bantuan.

Idea yang dilontarkan secara bersahaja ini telah mendapat lebih 20K share sehingga ia menjadi tular dan kempen ini menjadi!

Mesej simple itu dari ikhlas hati saya

Menerusi perbualan daripada Astro Awani, Nik Faizah Nik Othman mendedahkan bahawa idea itu adalah secara spontan setelah melihat masalah kewangan menjadi punya ramai yang menderita termasuk bertindak diluar batasan dengan membunuh diri dan masalah keluarga yang meruncing.

Katanya hatinya lulur melihat situasi ini sehingga merasakan kempen bendera putih dapat membantu mereka yang mengalami kesukaran hidup.

“Saya tulis dari ikhlas dari hati saya. Bila lihat banyak kesusahan sekitar kita. Asalnya saya nak sampaikan mesej untuk masyarakat sekitar. Tapi tak sangka jadi viral, ayat yang simple. 

“Sebagai wanita dan aktivis masyarakat, hati tersentuh banyak kes bunuh diri, suami kurung anak. Ia seolah wake up call, kena buat drastik untuk bantu segera.

Katanya lagi, pilihan warna bendera putih adalah atas faktor mudah didapati di rumah seperti boleh menggunakan lampin anak dan baju sekolah sebagai bendera. Ia sebagai tanda ‘signal’ untuk bantuan.

Beliau melahirkan rasa syukur kempen ini menyaksikan ramai yang datang menghulukan bantuan.

“Saya bersyukur dengan posting yang ringkas dapat membantu. Ini usaha kecil saya tapi kita patut memberi pujian kepada yang lain sudi membantu.”

Harap semua pihak bersatu tanpa peduli siapa yang mulakan dulu. 

Dalam pada itu menerusi perkongsian facebook miliknya, beliau berharap kempen ini berjaya tanpa mempedulikan siapa yang mulakan dulu. Baginya apa yang penting  membantu lebih ramai mereka yang memerlukan bantuan.

Sikap rendah dirinya terserlah apabila tidak berbangga menjadi orang pertama memulakan kempen itu sebaliknya berharap mesej yang disampaikan itu capai matlamat.

Tak kisah lah siapa orang pertama yang memulakan kempen bendera putih itu. Apa warna yg anda suka itu bukan isunya. Siapa pun nak kempen amatlah di alu-alukan. Isunya sekarang adakah ia mencapai matlamat kita semua untuk membantu? Jika berhasil teruskan.

Jika ada yang rasa tidak sesuai guna kain putih, pakailah nak pakai kain hijau ke, merah ke asal mencapai matlamat untuk tarik perhatian penderma. Kepada anda yang dalam kesusahan, ambil kesempatan ini untuk meminta bantuan, sementara kempen masih berjalan.

Jangan sia-siakan usaha mereka yang uar-uarkan kempen ini. Kami semua nak bantu anda. Abaikan kata-kata negatif. Cuba kumpul kekuatan untuk membela nasib keluarga dengan hanya mengangkat bendera.

Gambar koleksi 2019, aktif membantu masyarakat setempat

Berikut adalah koleksi lama gambar beliau yang aktif membantu golongan yang memerlukan sekitar tahun 2019 sebelum negara mengalami serangan gelombang C0v

 

Telah bantu selamatkan keluarga dan nyawa!

Siapa sangka, usaha murni beliau ini rupanya telah mendapat sokongan padu seluruh masyarakat.

Sumber : Nik Faizah Nik Othman / keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *