Hiburan

Lepas Kena “Warnlng”, Tak Sangka Ini Tindakan Di Ambil Oleh Suami Lana Terhadap MicheaI Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin iaitu David Mackienzie sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang yang didakwa mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.

David berkata, surat tuntutan yang bakal dihantar kepada pengarah itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan ‘perbalahan’ yang tercetus membabitkan Lana dan Michael.

“Peguam saya akan hantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tengok berapa duit yang dia ada.

“Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain,” katanya.

Menurut David, dia berasa kesal dengan tindakan pengarah itu yang melabel isterinya sebagai seorang yang ‘bimb0’ dan tidak menyokong petugas barisan hadapan.

“Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat. Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah.

“Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita.

“Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya.

“Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal,” katanya.

Terdahulu, Lana menerusi perkongsian di Instagram menempelak pengarah itu yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Michael Ang kena ‘w4rning’ dengan suami Lana Nodin ketika buat IG live… sedia bersemuka tapi bersyarat – “Pastikan mereka v4ksin dulu”

PENGARAH Michael Ang memberitahu dia menerima amaran daripada suami pelakon Lana Nodin iaitu David Mckienzie berhubung kelantangannya membid4s pendapat aktres itu yang mempertikaikan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Michael, 45, dia bersedia untuk bersemuka bagi menyelesaikan perkelahian mereka namun meminta pasangan itu mendapatkan vaksln C0vid-19 terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya tak nak bagi komen selanjutnya sebab suami dia dah bagi amaran… dia masuk dalam sesi IG live saya dan tinggalkan komen macam itu.

“Saya memang terbuka nak jumpa mereka tapi pastikan mereka vaksin dulu… sebab saya memang tak nak berjumpa atau bekerjasama dengan mana-mana orang yang tidak ambil vaksln, itu pendirian saya.

“Saya tak kisah sebenarnya kalau dia anti vaksin, itu hak dia… yang saya marah bila dia kata muka penat DG Hisham selama ini hanyalah lakonan, itu adalah satu kebodohan (Lana).

“Dia tak nampak ke pengorbanan frontliner ini semua yang expose diri mereka kepada Covid semata-mata untuk selamatkan orang!” katanya ketika dihubungi

Sumber : m Star / kisahnyata

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.