Infomaklumat

Lelaki Ini Kongsi Cara Nak Padam File Bersaiz Besar Di Phone. Mudah Dan Terus Jadi Laju!

Selalunya bila kita telah guna telefon dalam hampir setahun, pada ketika itu mulalah kita rasa telefon tersebut ‘berat’, ‘lagged’ dan paling tidak senang hati dibuatnya bila keluar pula notification ‘storage full’.

Jika hendak dibuang gambar dan video yang ada dalam gelary, terasa sayang pula. Itu semua kenangan.

Jadi apa kata anda buat tips yang dikongsikan oleh zafizi.zain ini di aplikasi TikT0k. Caranya cukup mudah dan anda boleh lakukan sendiri seperti di bawah ini:-

Langkah 1 : Pergi dekat setting telefon anda.

Langkah 2 : Pilih Apps dan klik. Akan keluar semua apps yang kita ada.

Langkah 3 : Klik bahagian tepi (anak panah kuning) dan kemudian untuk lebih mudah short by size dan secara automatik fail saiz paling besar akan berada di atas sekali.

Langkah 4 : Kemudian pilih apps dan sebaiknya lihat yang 10 yang teratas. Contoh kita klik pada facebook.

Langkah 5 : Kemudian klik di bahagian storage

Langkah 6 : Kemudian klik clear cache dan secara automatik bahagian cache akan jadi kosong.

Apabila file di dalam telefon ‘dibersihkan’ telefon akan lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau ‘berat’. Selamat mencuba.

Video yang dikongsikan ini mendapat perhatian dan ditonton oleh 444 ribu penonton dan ramai memberi komen terima kasih.

Ini memandangkan ramai antaranya tidak tahu cara tersebut dapat membantu mengatasi masalah telefon yang semakin berat dan hang. Nyata, cukup mudah rupanya bila sudah mengetahui caranya.

Sumber : hafizi.zain / keIuarga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *