“Lapar perhatian ko ni” buat trend wanita kalau kawin 4, Nurul Shuhada teruk kena basuh dengan netzen

Nama bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila membuat perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Nurul Shuhada berkongsi sebuah video yang memaparkan dia membuat trend terkini iaitu ‘kalau wanita kahwin 4’.

Video tersebut menunjukkan lakonan Nurul Shuhada melakonkan reaksi sekiranya kaum lelaki dimadukan dengan menggunakan kesan ‘filter’ berjambang.

“Macam ni la kot dia kalau lelaki dimadukan. Yang penting kita setia dengan yang satu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Biarpun ianya sekadar hiburan, ternyata perkongsian tersebut mendapat reaksi kurang senang segelintir warganet.

Rata-rata warganet mendakwa tidak elok bagi seseorang untuk membuat hiburan dengan melibatkan perihal agama.

100% Original only valid on 12.12. F2 Bluetooth headset fan exclusive coupon Full RM30 can save RM12 Coupon code: DIZO12MFF .Full RM38 can save RM15

Coupon code: DIZO12MHH 👉Product link: https://shope.ee/7UqSgCZ1ZX

F1 Bluetooth headset fans exclusive coupon, Full RM28 can save RM12

Coupon Code: DIZO1212F👉Product link: https://shp.ee/8yhbbhc

Malah ada juga yang menyifatkan bahawa kandungan tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam.

  

Namun ada juga tampil memberi pandangan bahawa kandungan tersebut tidak salah kerana menggunakan perkataan ‘kalau’.

 

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak Februari.

Mahkamah juga memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari tahun ini.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *