Semasa

“Lalu SJR Bagitahu Nak Beli Makanan Ikan” Datuk JamaI AbdiIIah Didkwa G0I0ngan Bangswan Berpesta Makan Durian SambiI Brkaraoke

GARA-GARA memenuhi pelawaan untuk makan durian sambil berkaraoke, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah kini disiasat polis atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana menyertai satu majlis sosial.

Cerita Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, dia berada di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu bagi mendapatkan baja untuk bisnes kolam ikan yang diusahakannya.

“Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka.”Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan.

“Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la. Orang jemput makan takkan saya nak tolak… hanya singgah sekejap je,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Perkongsian netizen di Twitter yang mempertikaikan tindakan penyanyi itu.

Terdahulu tular di media sosial beberapa foto jamal bersama sekumpulan individu sedang menikmati durian dan sambil berkaraoke hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Susulan itu Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Jamal dan beberapa individu lain dipercayai peniaga dan penduduk kampung bagi membantu siasatan.

Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul.

Berhubung suasana seperti sedang berpesta kerana dia dilihat turut menghiburkan peminat, Jamal berkata ia berlaku secara kebetulan.

“Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan… saya menyanyi.

“Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi,” katanya.

Dalam pada penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkata dia sedia memberi kerjasama dan akan hadir ke Balai Polis Tapah kira-kira pukul 2 petang Ahad.

Tambah Jamal, dia juga tidak menyangka persinggahannya itu mengundang masalah apabila secara tidak langsung menarik perhatian penduduk kampung untuk turut serta.

Datuk Jamal akan tampil memberi keterangan polis pada petang Ahad.

“Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul.

“Saya akui memang salah sebab terlepas pandang. Saya hanya memenuhi hasrat orang, tak mahu kecilkan hati orang,” katanya.

JamalAbdillah KenaTahan Dekat SJR Sampai P0lis Disvruh Kelvar DariKereta

” Saya tak bimbang kena kompaun sebab ada surat kebenaran rentas negeri…”

Itu kata-kata penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 62, yang ‘ditahan’ polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Menurut Jamal, beliau ketika itu dalam perjalanan ke Bukit Merah, Taiping untuk meninjau kolam ikan kelisa yang diusahakan di sana sebelum singgah di Kampung Poh, Bidor untuk membeli makanan ikan.

” Apabila melalui SJR, petugas di situ ada yang perasan saya tapi tak sempat nak minta saya berhenti. Lagipun mereka tahu saya kena keluar jalan yang sama.

” Sebaik saya keluar, mereka tak lepaskan peluang dan terus tahan saya. Mereka bercakap dengan nada hormat minta saya tolong keluar dari kereta,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Jamal diminta keluar dari kereta bukan kerana telah melakukan kesalahan, sebaliknya kerana anggota polis yang bertugas di situ mahu bergambar dengan penyanyi popular itu.

Sudah boleh agak polis mahu bergambar

Tambah Jamal, ketika itu dia sudah boleh mengagak tujuan mereka mahu bergambar.

Jamal juga berkata beliau tidak bimbang dikompaun kerana ada surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

” Saya ikut kehendak mereka kerana nak bagi mereka seronok. Bukan saja di luar bandar, di Kuala Lumpur pun pernah berlaku perkara sama.

” Mereka peminat saya dan saya tak kisah nak melayan. Lagipun memang satu kebiasaan buat saya apabila tempuh SJR, akan bagi salam, beri senyuman yang manis dan tanya sama ada sudah makan.

” Buat apa menyombong. Kita kena hormat pengorbanan mereka demi negara. Saya pun ada kebenaran keluar bekerja dan tiada sebarang kesalahan,” katanya.

Menurutnya, kadang-kadang petugas SJR tidak meminta surat kerana tahu dia mahuke Bukit Merah untuk melihat kolam ikan miliknya.

” Biasanya dalam sebulan, saya berulang alik ke sana sebanyak dua kali. Ada kalanya saya beli barang di Kuala Lumpur dan kena hantar ke sana,” katanya.

Info menarik mengenai Jamal Abdillah, pernah bersekolah di Brunei

Untuk info, Jamal Abdillah bersekolah menengah tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak.

Namun menarik untuk dikongsikan, anak sulung dari tujuh adik-beradik itu sebenarnya mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di negara Brunei Darussalam.

Beliau kemudiannya mengikuti bapanya pulang ke Malaysia dan menyambung persekolahan di Perak.

Kemudian bapa beliau telah ditugaskan kembali ke Brunei Darussalam dan beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di sana.

Bakat yang terdapat dalam diri beliau adalah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik.

Pada tahun 1973, beliau telah menjadi juara di dalam Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam termasuk sembilan pertandingan nyanyian yang lain termasuk 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beroleh gelaran juara.

Bakatnya akhirnya dipersembahkan keseluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara ketika itu, Bintang RTM sekaligus bergelar juara dan dilamar syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) ketika berusia 20 tahun.

Persembahan beliau dengan lagu hits Kumpulan Alleycats berjudul “Senandung Semalam” begitu memukau hingga kembali mempopularkan lagu tersebut.

Berkahwin sebanyak 4 kali

Jamal telah berkahwin buat kali pertama pada 1988 dengan pasangannya Basariah Abdul Latif tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

Selepas bercrai dengan Basariah pada tahun 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani tetapi perkahwinan itu juga tidak bertahan lama.

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra Samad pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani. Jodoh mereka juga tidak panjang apabila berpisah pada 15 Mei 2007.

Pada 1 April 2017, beliau telah bernikah dengan seorang gadis berasal dari Kulim, Zai Izzati Khiruddin, iaitu perkahwinan beliau kali keempat. Mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dan kekal bahagia hingga ke hari ini.

Sumber : Kosmo / kec0hape

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *