Semasa

“Kumpul Pahala Berganda²” Ridhuan Tee Bidas, Artis ni Rujuk Ustaz Mana Smp Yakin Keluarkan Kyataan Macam tu

Beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan seorang artis ternama mengeluarkan kenyataan.

Ini dengan memaklumkan sedang mengumpul pahala berikutan teruk dikecam.

Ini berikutan didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu melangsungkan majlis bertahnik anaknya.

Kenyataan yang dibuat di IG story milik selebriti itu telah membuatkan netizen mulai berbalah di media sosial dan tidak bersetuju dengan apa yang ditulis olehnya.

Menurut ustaz yag dirujuk beliau, ketika ini merupakan waktunya mengumpul pahala kerana berhadapan dengan ujian.

Hal ini berikutan sedang dikecam hebat oleh netizen sejak majlis tersebut berlangsung.

Namun, seorang pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah membidas kenyataan tersebut dengan memaklumkan hujah tersebut tidak tepat.

 

Menurut Dr. Ridhuan, budaya menggunakan nama ‘ustaz’ bagi mengeluarkan kenyataan berhubung dosa pahala ini harus dihentikan.

Tindakan memetik nama agamawan untuk melindungi diri diatas kesalahan sendiri amatlah tidak elok jika dilakukan.

Tambanya lagi, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri kerana boleh sahaja tidak dilakukan melihat dari situasi kalut sekarang.

Namun, individu tersebut tetap melangsungkan majlis terbabit walaupun hukumnya sunat.

 

Pendakwah itu juga mengulas sedikit berkenaan kehadiran yang tidak diwajibkan ke majlis seperti itu kerana boleh jadi ia bakal memudaratkan andai dilakukan pada waktu-waktu berisiko.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada semua pihak supaya menghentikan budaya mencari publisiti dengan memberitahu semua perkara kepada khalayak sehingga meninggalkan pelbagai masalah.

Di akhir coretannya, Dr Ridhuan Tee masih lagi mempersoalkan ‘ustaz’ yang dirujuk oleh selebriti berkenaan sehingga boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

 

Terdahulu, satu majlis bertahnik telah berlangsung di sebuah kediaman seorang selebriti ternama negara sehingga ‘kecoh’ di media sosial.

Tetamunya juga bukan calang-calang apabila membariskan pendakwah-pendakwah terkenal serta menteri dalam kabinet bagi menyempurnakan majlis tahnik anaknya.

Namun, menerusi beberapa kenyataan susulan, pihak mereka telah memohon maaf dan bersedia untuk memberi kerjasama.

Ini apabila dipanggil pihak berkuasa bagi memberi keterangan serta telah menjelaskan keadaan sebenar di media sosial.

Sumber: Dr Ridhuan Tee Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *