“Komen negatif akan dipadam, nak elak orang b0doh” Bakal jadi istri kerabat, biras Sarimah Ibrahim

Penyanyi yang terkenal dengan lagu hits Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim memaklumkan bahawa dia terpaksa memadam komen-komen negatif dan berbaur kebodohan yang ditinggalkan netizen di media sosialnya kerana tidak mahu menarik perhatian orang bodoh.

Dia yang sebelum ini pernah dikritik dan dikecam kerana berpakaian seksi mengakui sering mendapat komen negatif sehinggakan terpaksa memadam setiap komen yang ditinggalkan mereka.

Sementara itu, muncul pula dakwaan yang mengatakan Jeslina kini sedang menunggu hari bahagia bersama kekasih hati, Tunku Eddy Nasruan Adil yang juga kerabat diraja Negeri Sembilan.

Sekadar info, Tunku Eddy merupakan adinda kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa iaitu suami kepada pelakon dan pengacara YM Che Puan Sarimah.

Sebelum ini, Jeslina kerap memuat naik aktiviti dan persiapan menjelang hari bahagianya itu di Instagram buat tatapan peminat.

Tunku Eddy dan Jeslina pernah memuat naik satu foto memaparkan penyanyi itu menerima cincin pertunangan di jari sebagai tanda hubungan mereka mula serius dan bakal melangkah ke satu langkah lagi iaitu perkahwinan.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *