Semasa

KLANG : Mungkin R0h tak tenteram “bunyi ketukan” AJK masjid dan penduduk kampung berhasrat untuk mengadakan solat hajat

KLANG: Susulan kejadian bunyi ketukan dan orang berlari atas bumbung yang menghantui penduduk di Pandamaran Jaya,

ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung berhasrat untuk mengadakan solat hajat meminta agar kejadian itu tidak berlaku lagi.

Ketua Kampung Pandamaran Jaya, Mohamad Zahiruddin Mohamad berkata, jika sebelum ini kejadian berlaku di

Jalan 4, Jalan 12, Jalan 78, namun kini merebak ke Jalan 10, 77 dan 12.

“Kita juga bercadang untuk menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam sebagai langkah menghentikan gangguan berkenaan yang sehingga kini sukar dikesan

sama ada dilakukan individu tertentu atau dikaitkan dengan perbuatan mistik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Zahiruddin berkata, pihaknya masih dalam proses perbincangan untuk menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

untuk meminta kebenaran mengadakan solat berkenaan dan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Permohonan ini perlu mendapat kelulusan JAIS ekoran Selangor masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember depan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sangat Misteri Rakaman Suara Hantu Ketuk Pintu Di Sabak Bernam-Viral Malaysia Terkini 2020 (dengar boleh,janagan taksub percaya bulat)

kisah seram lain

Apa korang akan buat kalau malam-malam dengar ada orang ketuk pintu lepas tu dia mintak susu, katanya untuk anak dia?

Haa, ni lah kisah Hantu Susu yang selalu diceritakan oleh masyarakat Melayu dulu, sampai katanya orang takut nak keluar malam-malam.

Seorang uztazah yang sedang mengandung
Kisah ni dikatakan terjadi di sekitar Taiping. Ada seorang uztazah yang diceritakan rajin mengaji setiap malam.

Uztazah tu pun dah berkahwin dan sedang mengandungkan anak sulungnya.

Tapi, malangnya, suami uztazah tu adalah seorang kaki judi. Sebab nombor ekor
Lebih menyayat hati,

uztazah tu dikatakan meninggal dunia bersama bayi yang dikandung semasa hamil.Disebabkan suaminya terlampau taksub dengan perjudian,

semata-mata nak dapatkan nombor ekor, dia sanggup menggali semula kubur arwah isterinya dan membelah perut isterinya itu untuk menggeluarkan bayi mereka untuk dijadikan pemujaan.

Bukan ‘anak’ Jadi, mungkin disebabkan itu, roh uztazah tersebut tak tenang dan selalu berkeliaran bersama bayi yang dikendongnya sambil mengetuk pintu dan meminta susu untuk anaknya.

Namun, ada yang kata yang dikendong tu bukan bayi tapi adalah batu nisan. Tinggalkan ‘hadiah’

Hantu Susu ni bukanlah jenis hantu yang merasuk dan mengganas, cumanya memang akan datang dan ketuk pintu tengah-tengah malam mintak susu. Katanya kalau bukak pintu,

Hantu Susu ni terus hilang tapi akan tinggalkan buah tangan kepada pemilik rumah tu, contohnya macam bunga-bungaan daripada kubur ataupun batu nisan.

Takut kucing Cara nak elak daripada kena kacau Hantu Susu ni adalah dengan menggantungkan buluh runcing ataupun buluh kuning depan pintu.

Ada juga yang cakap bela kucing pun boleh sebab hantu ni takut kucing.Hantu Susu ni punya femes time dulu sampai beberapa negeri dekat Malaysia kecoh pasal cerita ni.

Apa-apa pun, rasanya Hantu Susu ni dah tak ada la kot zaman sekarang tapi kalau dengar pintu kena ketuk tengah-tengah malam, tambah pulak time tu duduk sorang, buat-buat pekak je la.

Sumber : apaceritatv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *