“Kenapa dulu dia boleh terima.. harap Bella ubah fikiran,” ramai terkejt dengan kata kata Zarina Zainuddin

Pelakon senior, Zarina Zainuddin berharap pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Bella Astillah mengekalkan hubungan baik mereka meskipun sedang diuji dengan dugaan kemelut rumah tangga.

Berpisah sekejap

Menurut Zarina, dia berpendapat tidak mustahil bagi satu pasangan untuk rujuk semula setelah bercerai kerana anak-anak mereka. Tambahan pula, mungkin penceraian itu adalah satu cara untuk mereka mencari keserasian semula sepanjang tempoh berpisah.

Orang yang 10 tahun kahwin bercerai pun selepas itu ada yang rujuk balik sebab keserasian antara mereka kuat.

Mungkin bercerai itu untuk mereka mengenali diri sendiri. Misalnya, Bella fikir Aliff tak perlu ada dalam hidup dia dan begitu juga sebaliknya.

Mungkin dengan cara berpisah sekejap akan membuatkan salah seorang mereka saling merindu serta saling memerlukan.

Pengorbanan untuk anak-anak

Bukan itu sahaja, ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga mengakui isu penceraian ini akan memberi impak terbesar kepada anak-anak yang berkemungkinan harus tinggal dengan ibu atau bapa tiri. Jadi, sebagai ibu bapa haruslah ada pengorbanan yang dibuat demi mereka.

Selain itu, Zarina mendoakan agar Bella dan Aliff kembali bersama meskipun sekarang kelah memfailkan kes cerai.

Siapa nak duduk dengan mak atau bapa tiri? Tak sama kasih sayang mereka seperti ibu bapa sendiri. Saya doakan semoga Bella dan Aliff bersatu semula.

Bella kalau sayangkan Aliff, sayangkan anak-anak, dia kena buat pengorbanan. Memang kadang-kadang banyak yang menghasut supaya bercerai, buat apa hidup dengan lelaki sebegitu.

Sebenarnya Bella sendiri tahu Aliff macam mana. Kenapa dulu dia boleh terima. Sekarang Bella nekad bercerai, bagilah dia cerai dulu. Nanti kemudian Bella kena fikir mana yang terbaik.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan tentang kes tangkap khalwat mereka. Kedua-duanya telah mengaku tiada sebarang hubungan di antara mereka dan semuanya hanyalah salah sangka.

Sumber : beaitifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *