Hiburan

KenaIi lsha Norsham yg Tidak Minat LeIaki MeIayu, Nak Suami Korea

Namanya masih baru lagi dalam industri hiburan tanah air, pengacara Isha Norsham lebih dikenali menerusi rancangan Astro Gempak TV.

Namun, namanya menjadi perhatian ramai apabila kisah mengenainya disiarkan di satu akhbar baru-baru ini.

Apa yang menjadi bualan ramai gadis berkulit hitam manis itu tidak berminat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu.

Dan lebih memilih lelaki berasal dari Korea.

Mengakui masih solo, gadis berusia 24 tahun itu juga turut memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya perlulah mempunyai ketinggian 180cm ke atas.

Dek kerana terlalu minat dengan aktor dari Korea, Lee Min Ho.

Isha berkata dia impikan lelaki serta pasangan yang mempunyai ciri-ciri fizikal sama seperti aktor tersebut.

“Ciri-ciri terpenting untuk menjadi pasangan saya ialah harus mempunyai ketinggian 180cm ke atas.

Kini saya memang sedang cari lelaki yang mempunyai kriteria tersebut untuk dijadikan suami.

Syarat ini saya tetapkan kerana saya sukakan Lee Minho,” katanya.

Berasal dari Perlis, Isha pernah menjadi penari dan terlibat dalam program Astro On Air.

Gadis ini juga dikenali di TikTok dengan 57,000 pengikut kerana pernah viral selepas melakukan #anysongchallenge.

NAMA : ISHA NORSHAM

UMUR : 24

HOBI : MENARI , MEMASAK , TRAVEL , MAKAN, TIDUR

CITA-CITA : PENJAGA TOLL & CASHIER

KALAU TAK JADI HOST , JADI APA : KERJA DEKAT HUMAN RESOURCE DEPARTMENT

MAKANAN FAV : SEMUA MAKANAN TAK BOLEH PILIH

BEST MOMENT : BILA KENAKAN DANIEL DALAM GEMPAK TV.

BAD HABIT : SUKA MAKAN BANYAK KALI, BILA DENGAN MUZIK BADAN GERAK2 , SENDAWA KUAT , BOLEH MENGELUARKAN BUNYI PELIK GUNA TEKAK

KEPAKARAN : MAMPU BUAT ORANG KETAWA TANPA SEBAB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *