“Kami tolak mksiat, apa saja melibatkan dia” gara gara Ruhainies netzen nak boikot Festival Raya Ifa Raziah

Ruangan Instagram pelakon dan usahawan Ifa Raziah baru-baru ini dihujani dengan komen daripada netizen apabila aktres itu ada menampilkan Ruhainies sebagai salah seorang selebriti yang akan memeriahkan acara festival raya ‘Star Vendor’ tidak lama lagi.

Netizen nak boikot ‘Star Vendors’ anjuran Ifa Raziah?

“Alhamdulillah si cantik manis Ruhainies juga ada di Starvendors nanti” tulis Ifa di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Namun begitu, promosi acara temasya jualan sempena hari raya itu tidak dapat diterima ramai pihak apabila ada yang menentang dan ingin memboikot acara tersebut.

Sorry lah, kita boikot terus orang yang normalize kan benda tak sepatutnya. Starbuck pun rakyat Malaysia mampu boikot apatah lagi Ruhainies yang suam-suam payau ni.

Boikot STARVENDORS. Berani lagi guna muka ni untuk marketing. Wahai netizen jalankan tugas anda

Sebelum ini, nama Ruhainies dan Aliff Aziz meniti di bibir netizen gara-gara penangkapan khalwat kedua-dua mereka di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Berita itu kemudiannya menjadi gempar dan isteri Aliff, aktres dan penyanyi Bella Astillah dilaporkan sudah pun membuat tuntutan cerai terhadap suaminya itu susulan kes tersebut.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *